Friday 1 July 2011

MENZIARAHI KUBUR 3

            Oleh kerana abah saya tak jadi datang semalam.......hari ini Pak Cik saya menawarkan dirinya untuk membawa saya pergi ke rumah abah agar hasrat saya untuk pergi menziarahi kubur tangan kanan saya akan menjadi kenyataan......... Opah kata pergilah takut nanti bila cuti saya dah habis, tak sempat pula untuk pergi..... Lagipun boleh tau apa masalah abah kamu mengapa dia tak jadi datang semalam......?. Masa tu bukannya ada telefon untuk bertanya jika ada apa-apa masalah yang berlaku.........
            Saya ajak Opah pergi sekali ke rumah abah tetapi Opah kata banyak kerja nak dibuat kerana malam lusa rumah atuk nak buat kenduri dan esok mungkin anak-anak Opah akan balik ke kampung pasal kenduri ni. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan anak-anak Opah yang ada seramai 8 orang iaitu 5 lelaki dan 3 perempuan (sebenarnya anak Opah ada 12 orang tetapi yang lain-lainnya meninggal dunia semasa kecil ). Anak Opah yang ada ialah....1) Aisyah - saya panggil "Ngah"  2) Mariam - saya panggil "Encik"  3) Abu Bakar - ini abah saya  4) Dahlan - saya panggil "Andak"  5) Alias - saya panggil "Anjang"  6) Mohd Sani - saya panggil "Tam"    7) Siti Laila - saya panggil "Cik"   8) Othman - saya panggil "Ucu" ....... Pasti seronok kenduri Opah kali ini jika semuanya dapat pulang ke kampung.......
              Kenduri kali ini Atuk dan Opah buat secara besar-besaran kerana 5 hari selepas saya ditimpa kemalangan dulu Cik bersalinkan anaknya yang kedua iaitu seorang perempuan......jadi akan diadakan juga kenduri cukur jambul anak Cik berserta dengan doa selamat untuk saya sekali......
            Akhirnya saya sampai juga ke rumah abah dan kebetulan abah ada dirumah....... Semalam abah tak dapat datang kerana kereta dia rosak sewaktu nak pergi menjemput saya....... Setelah berehat seketika tanpa membuang masa kami terus aje pergi ke kubur...... Dalam perjalanan saya ceritakan pada abah mengenai mimpi yang saya alami semalam...... Abah senyum aje tanpa memberi sebarang komen mengenai cerita saya ataupun memang kebetulan kami telah sampai ke tanah perkuburan.......
            Nampak saja kawasan perkuburan hati dan perasaan saya menjadi tidak tenteram........ Abah terus saja menuju ke arah kubur tangan kanan saya sambil saya mengikuti jejak langkahnya dan pak cik di belakang saya........ Memang saya menyuruh pak cik berada di belakang saya kerana ketakutan masih menghantui diri saya....... Apatah lagi sekarang saya benar-benar telah berada di kawasan perkuburan......... Abah terus berhenti di kubur yang ada sebuah batu nesan dan memberitahu inilah tempat tangan kanan saya ditanam........ Kesedihan terus menyelubungi diri saya bila mengenangkan apa yang telah berlaku terhadap diri ini.......... Setelah siap membentang tikar kami terus duduk bersila untuk membaca Yassin......... Sebelum tu abah dah berpesan kepada saya agar jangan bersedih atau menangis kerana kesedihan dan tangisan tidak dapat mengubah apa-apa.......... Memang tidak dapat mengubah apa-apa.........tetapi ada tangan kanan dengan tak ada tangan kanan tak sama rasanya......... Itulah yang akan saya rasai selepas ini...........dan seterusnya.............saya yang merasainya..........sehingga kini............. Kepayahan itulah yang akan mengubah semua rentak kehidupan yang akan saya hadapi di dalam hidup ini.........
            Setelah selesai kami membaca Yassin dan berdoa........hujan turun dengan lebat sekali...... seolah-olah turut mengiringi kesedihan seperti apa yang saya rasakan......... Segera kami berlari ke kereta meninggalkan kawasan perkuburan itu membawa bersama kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan.........di dalam hujan lebat itu saya terus bersedih...........hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana hati dan perasaan saya pada waktu itu.........."selamat tinggal tangan kananku......." bisik hati saya..........
                     ....................teruskan bersama PE............kenduri.......

No comments:

Post a Comment