Friday 8 July 2011

KENDURI 3

            Seperti yang telah diramalkan kenduri pada malam itu dihadiri oleh begitu ramai ahli keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan dan semua ahli kariah...... Mereka semua tidak melepaskan peluang kerana bagi mereka jika Atuk mengadakan kenduri adalah menjadi satu kemestian untuk hadir sebagai tanda penghormatan mereka terhadap diri Atuk. Sikap mereka terhadap diri Atuk menjadikan saya lebih bersemangat dalam hidup ini kerana jika kita ingin dihormati......kita juga hendaklah menghormati orang lain.....begitu harmoninya hidup ini.
            Apabila semuanya ada dan telah berjumpa pada malam itu masing-masing meminta nombor telefon serta alamat agar senang untuk menghubungi antara satu sama lain........ Pada masa itu perhubungan antara keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja begitu susah sekali......selalunya hanya surat saja sebagai pengganti diri itu pun setelah beberapa hari baru terima.......bergantung kepada pihak posmen di mana surat itu diletakkan kerana biasanya setiap surat yang sampai akan diletakkan di peti surat kat surau sahaja kerana selepas tu kita sendiri yang kena pergi mengambilnya....... Jika kita lewat mengambilnya......surat itu pasti akan hilang atau telah dibuka oleh orang lain...... Surat yang selalu menjadi sasaran ialah jika di dalam sampul surat itu ada duit tunai kerana ada juga anak-anak mereka yang mengirimkan duit belanja kepada ahli keluarga di kampung kerana jika dihantar melalui wang pos adalah menjadi kepayahan kepada ahli keluarga yang menerima untuk pergi ke pekan yang jauh agar boleh ditunaikan wang pos itu.........
            Lagi satu surat yang sering menjadi sasaran ialah surat cinta...... Ada juga yang nakal yang akan membaca terlebih dahulu surat cinta tersebut....... Kadang-kadang lucu juga apabila ada surat cinta yang di dalamnya ada bedak, bunga dan macam-macam lagi yang berbau wangi.......... Eeeehhhh.....macam tau aje....?..entah-entah penulis blog ini salah seorang yang suka membuka surat orang lain........ Saya ada juga membuka surat cinta tersebut tetapi surat cinta untuk kakak saya, Eton dan mak cik Lela sahaja....... Maklum le cucu dan anak dara ketua kampung ni banyak peminat.........
           Malam tu adalah kenduri yang paling meriah sekali bagi saya kerana masing-masing dapat bertemu antara satu sama lain di samping menikmati masakan kampung yang sungguh enak sekali....... Amat jarang sekali saya dapat merasai kenduri seperti ini dan saya rasa inilah kenduri yang paling meriah. Akhirnya tercapai juga hasrat Atuk dan Opah untuk mengadakan kenduri yang paling bermakna sekali dengan kehadiran semua anak-anaknya, ahli keluarga, jiran tetangga, ahli kariah serta kawan-kawan saya.  Dan inilah pertemuan yang paling bermakna dalam memori kehidupan saya........
          Kemesraan adalah penawar bagi setiap perhubungan antara kita sesama insan dan setiap insanlah yang akan menjadikan kemesraan itu sungguh bermakna dalam setiap kehidupan yang kita lalui...... Entah bila lagi kemesraan dan kenangan itu akan saya kecapi lagi..... Pada masa itu saya tiada kamera.......tiada video untuk dirakamkan yang boleh ditonton semula jika ingin mengingati kembali kenangan itu....... Kenangan itu hanya ada dalam ingatan di hati ini...............
          Semoga kita semua menghargai semuanya itu.........kerana kemesraan akan mencipta kenangan.......kenangan yang boleh kita kongsikan bersama....... kerana kenangan adalah nostalgia..............
                    .......................teruskan bersama PE...............nostalgia 1..........

No comments:

Post a Comment