Saturday 2 July 2011

KENDURI

            Telah menjadi kebiasaan di Peket 20 jika ada rumah sesiapa yang hendak membuat kenduri.....tak kiralah kenduri itu dibuat secara kecil-kecilan atau besar-besaran tetapi yang pasti mereka semua akan melakukannya secara gotong-royong seperti mana apa yang mereka lakukan ketika musim menanam atau menuai padi. Lebih-lebih lagi jika rumah Ketua Kampung yang ingin mengadakan kenduri........pagi-pagi lagi mereka akan datang untuk membuat kerja seperti memotong bawang, sayur-sayuran, buah-buahan dan menyediakan bahan-bahan lain yang perlu untuk memasak lauk pauk, nasi putih serta pelbagai menu lain mengikut kehendak tuan rumah.......
            Selain daripada gotong-royong memasak, ada juga yang membawa pelbagai kuih seperti kerepek ubi, rempeyek, bahulu, loyang dan sebagainya yang diletakkan di dalam tin sebagai ganti jika orang yang memberi itu tidak dapat hadir semasa gotong royong dilakukan........ Tetapi apabila orang yang memberi kuih-muih itu hadir maka apabila mereka pula mengadakan kenduri di kemudian hari nanti, Atuk dan Opah pula yang akan memberi balik setin kuih sebagai balasan....... Begitulah cara kehidupan yang telah mereka amalkan kerana dengan cara ini dapat mengurangkan beban kewangan yang akan ditanggung oleh sesiapa sahaja yang ingin membuat kenduri pada masa yang akan datang.......
             Lagi satu keistimewaan ketika mengadakan gotong-royong ini ialah menu masakannya...... Oleh kerana yang melakukan gotong-royong ini terdiri daripada melayu, jawa dan banjar.......dapatlah kami semua merasa menu masakan dari pelbagai cita rasa...... Lebih-lebih lagi jika mereka memasak lemak cili api kulit lembu..........makan dengan nasi putih yang panas-panas..........ppeerrrhhh.........terliur saya dibuatnya...... Masakan inilah yang paling saya suka makan lebih-lebih lagi mereka yang memasaknya sememangnya terkenal dari dulu pandai memasak.........
            Tetapi gotong royong pada kali ini saya tidak banyak dapat membantu.......sekadar menjadi pemerhati sahaja....... Sambil bergotong royong tu kami bersembang mengenai kisah-kisah silam kenakalan saya yang telah lalu.......... Cerita mengenai kaki kanan saya yang tersepit di jari basikal......kaki kiri saya yang terbelah sewaktu memanjat tempayan......saya terjatuh daripada pokok mangga......dan yang paling malang sekali ketika saya jatuh motor sewaktu lari daripada sekatan polis di jalan raya sewaktu balik daripada sekolah dan sewaktu berlumba selepas balik daripada menonton wayang pacak........... Semua yang ada di situ memberitahu agak-agaknya inilah hikmah daripada Allah s.w.t dengan mengambil semula tangan kanan saya agar kenakalan saya cukup setakat ini sahaja......agar saya tidak menjadi lebih nakal lagi........ Hanya DIA yang maha mengetahui............Semoga selepas kemalangan ini saya akan menjadi lebih baik lagi.......sebagai umatNYA............ Adakah ini satu kebenaran...........?...."sukar untuk diketahui di peringkat awal ini.......tunggu dan lihat dalam perjalanan waktu yang akan saya lalui nanti......." kata-kata yang saya ucapkan kepada jiran-jiran yang ada pada waktu itu amat memberi kesan terhadap diri mereka kerana tanpa saya sedari mereka semua memeluk saya tanda simpati dengan nasib saya..........
                                .................teruskan bersama PE........kenduri 2.......

1 comment: