Thursday 19 May 2011

GAMBAR WAJAH PILU

GAMBAR WAJAH PILU INI DI AMBIL SELEPAS SAYA KELUAR
DARIPADA HOSPITAL PADA 22/07/1983

 
Tangan kanan saya di potong hingga ke paras siku tapi lukanya amat besar 
 kerana itulah pihak hospital mengambil daging serta kulit daripada peha kiri
 dan kanan saya bagi menyembuhkan luka tersebut.............
sakitnya masih terasa dari dulu sehingga kini...... 

Pada 03/06/l983 (Jumaat) hingga 03/06/2011 (Jumaat) genaplah 28 tahun 
 Ulang Tahun hari kecacatan saya dan dengan ini saya akan terus menulis 
kisah saya ketika bujang sehingga kini di dalam blog ini dan blog 
ini telah dirasmikan oleh isteri kesayangan saya iaitu:

 PUAN SITI RAHAMAH BT. SYED SHAARI

 
 

KEJUTAN DI TEMPAT KERJA

          Setelah pulang daripada hospital saya terus ke tempat kerja......hari itu saya benar-benar memberikan kejutan kepada majikan dan teman-teman di tempat kerja saya..... Melihat daripada jauh seolah-olah mereka melihat saya seperti tidak mengalami sebarang kecacatan tetapi apabila melihat daripada dekat barulah mereka sedar yang saya telah menggunakan tangan kanan palsu...... "Hai ya.....Shafiee.... wa ingat lu punya tangan masih ada lagi maaa..... mana tau lu sudah pakai itu tangan palsu..... Wa nampak lu manyak smart le hari ini..." Antara kata-kata Supervisor setelah berjumpa dengan saya.
          Hari itu saya diraikan dengan sedikit majlis ringkas yang diuruskan oleh teman-teman di tempat kerja saya. Masing-masing bertanya bila saya nak mula bekerja di sini.....? Saya membalas, mungkin selepas 2 minggu saya akan kembali semula bekerja mengikut surat cuti sakit yang telah saya hantar ke pejabat sebentar tadi. Mengikut kata Supervisor saya akan bekerja di pejabat dan semua tugas-tugas saya akan dibantu oleh seorang PA....... Saya hanya mampu bersyukur kerana walaupun dalam keadaan saya macam ini......majikan begitu mengambil berat terhadap diri saya...... Setelah mendengar dan menerima semua taklimat daripada Supervisor, saya pergi berjumpa dengan teman-teman di tempat kerja sebelum pulang........ "Kita jumpa lagi selepas 2 minggu", kata saya kepada mereka.
          Dalam perjalanan pulang saya menceritakan kepada Pak Cik tentang pekerjaan saya selepas ini......dan di waktu yang sama juga saya "menanggalkan terus tangan kanan palsu saya untuk selama-lamanya" kerana selepas itu sehingga kini saya tidak pernah lagi menggunakan atau memakai tangan kanan palsu saya itu. Bagi saya tiada apa "keistimewaan" tangan kanan palsu tersebut......ia sangat merimaskan dan tidak selesa apabila dipakai....... Pergerakan tangan kanan saya juga terbatas dan sering tersangkut-sangkut. Sukar untuk saya gambarkan tetapi fahamilah.......dari dulu sehingga kini beginilah keadaan diri saya dan saya lebih rela menerima apa yang telah sedia ada daripada berpura-pura dengan memakai tangan kanan palsu saya itu...... Saya lebih selesa begini...... Walaupun saya berhak menukar tangan kanan palsu saya itu setiap 3 tahun sekali jika saiz tangan dan anggota badan saya berubah seperti menjadi kurus atau gemuk.......tetapi itu tidak pernah saya lakukan kerana biarlah peruntukkan kewangan daripada PERKESO itu diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan kerana kosnya hampir mencecah RM 10,000 setiap satu jika hendak membuat tangan kanan palsu yang baru......biarlah saya simpan yang satu ini sebagai kenang-kenangan....... Siapa sangka mungkin "tangan kanan palsu" saya ini boleh mencecah ratusan ribu jika di lelong suatu masa nanti......... "berangan aje le engkau PE oooooiii......." heheheeee......jangan lupa teruskan bersama PE.... dengan kisah "menziarahi kuburku".......

Wednesday 18 May 2011

HARI TERAKHIRKU DI PPUM

          Setelah 46 hari saya berada di Wad Ortho 1, PPUM, hari ini merupakan hari terakhir saya berada di sini. Begitu banyak kenangan dan pengalaman yang dapat saya rasai sepanjang tempoh rawatan dan selepas ini saya hanya akan menjalani rawatan susulan mengikut temu janji yang telah diberikan. Di kesempatan ini saya, ahli-ahli keluarga dan majikan ingin menyampaikan ucapan 'Terima Kasih' yang tidak terhingga dan tidak terbalas di atas layanan serta penjagaan rapi sepanjang tempoh kehadiran saya di Wad Ortho 1, PPUM.    
         Terima kasih kepada doktor, nurse seperti Rohaya, Noraini, Rodziah, Zaleha, Salmah dan petugas hospital seperti Bakar, Majid, Isa dan Norazian serta ketua jururawat dan kakak penyambut tetamu..... maaf kepada nama-nama mereka yang tidak di sebut. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan dan tetap dikenang untuk selama-lamanya. Pihak kami juga ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan jika sekiranya saya, ahli-ahli keluarga dan majikan ada terkasar bicara yang menyinggung hati dan perasaan anda semua. Jika ada di antara anda semua ada terbaca blog ini atau masih mengenali diri saya...... hubungilah saya kerana setiap detik kenangan bersama anda semua sungguh bermakna....... kerana kata-kata semangat, nasihat dan gurau senda anda semua adalah antara penyumbang bekalan semangat kehidupan yang saya lalui sehingga kini...... Sebagaimana anda mengenali saya pada waktu tu........ kenalilah juga saya pada waktu ini.....
          Setelah semua nya selesai bersalaman dan bermaafan dengan doktor, nurse, petugas-petugas hospital dan semua pesakit-pesakit yang berada di Wad Ortho 1 pada waktu itu........saya terus keluar dengan hati dan perasaan yang pilu sekali membawa kenangan suka dan duka ketika bersama-sama mereka.......ketika keluar saya memakai tangan kanan palsu dengan memakai baju kemeja lengan panjang kerana saya akan terus pergi ke tempat kerja untuk memberi "KEJUTAN" kepada majikan dan teman-teman di tempat kerja......
          Pak Cik telah menunggu di luar untuk mengambil saya pulang......terpandang saya wajah kesedihan..... menangis agaknya Pak Cik ketika melihat saya pada masa tu...... Pertama kali keluar wad tadi pun..... ramai juga antara mereka yang melihat dan memberikan pandangan sayu kepada saya......bukan saya minta semua ini terjadi.....tetapi itulah hakikat yang mesti saya terima dan hakikat itulah yang akan saya lalui setelah melangkahkan kaki keluar saja daripada hospital ini....... Semuanya ada di dalam fikiran saya.......dan saya terus memikirkan setelah tiba di tempat kerja nanti adakah mereka akan terkejut dengan kedatangan "tangan kanan palsu" yang saya pakai.......teruskan bersama PE..........

Tuesday 10 May 2011

TANGAN KANAN PALSUKU ( PIC 1 & 2 )




TANGAN KANAN PALSU INI SAYA
TERIMA PADA JULY 1983 DAN SAYA SIMPAN SEHINGGA KINI

Monday 9 May 2011

TANGAN KANAN PALSUKU 2

          Ketika panggilan azan jauh kedengaran di pagi yang syahdu ini.... saya bangun dengan penuh keceriaan kerana hari ini saya akan pergi ke bilik pemulihan anggota untuk mempelajari cara menggunakan tangan kanan palsu saya. Selepas sarapan pagi saya terus bersiap sedia untuk pergi..... Seperti yang telah ditetapkan saya
diminta menunggu di bilik pemulihan anggota sehingga nama saya dipanggil..... Setelah lebih kurang sejam menunggu....nama saya dipanggil..... Setelah diberi penerangan bagaimana cara penggunaan dan pemakaian tangan kanan palsu saya, maka saya pun menerima tangan kanan palsu saya.....
          Selepas memakai dan  menggunakan tangan kanan palsu saya.....saya berasa seperti "ada tangan kanan" walaupun sebenarnya tangan kanan palsu saya itu fungsinya TIDAK seperti yang saya harapkan. Saya cuba memakai dan menggunakan tangan kanan palsu saya berulang kali atas arahan doktor sehingga saya menjadi mahir dan terus mahir menggunakannya..... Saya diberi tempoh 3 hari untuk belajar di bilik pemulihan anggota.... Apabila memakainya saya rasa seperti seorang yang cukup sifat anggota badan.....walaupun dalam hati sebenarnya saya tidak suka memakainya kerana ia lebih kepada untuk "menutup aib" saya sewaktu menggunakan tangan kanan palsu tersebut.....
         Petang itu semasa saya pulang ke wad.......nurse bertanya kepada saya...."Macam mana tangan kanan palsu saya?...Boleh pakai ke ?..Macam betul ke ?....Bagus ke pakai tangan kanan palsu tu......?"..... Hari itu ahli keluarga dan kawan-kawan yang datang melawat semuanya bertanyakan soalan yang sama kepada saya iaitu mengenai tangan kanan palsu saya........ Seperti yang telah saya nyatakan tadi, tiada yang "istimewa" dengan tangan kanan palsu saya.....memakainya lebih merimaskan kerana saya rasa semua pergerakan saya terbatas........ Untuk mengerakkan tangan kanan palsu saya itu juga agak sukar kerana bentuknya kaku.......dan susah untuk bergerak.....sukar untuk saya bayangkan......saya terpaksa menerima hakikat bahawa "lupakan saja" tangan kanan palsu saya......walaupun di hati ini saya sangat berharap ianya dapat membantu pergerakan saya dalam kehidupan seharian yang bakal saya lalui nanti.....
          Berlalu bagai debu semua harapan saya.....tekad saya biarlah saya dilihat.....seperti yang anda lihat saya pada hari ini....... Pandang dan terimalah saya seadanya..... "Pandanglah saya dengan hati yang tulus ikhlas kerana di situ ada kejujuran..... tetapi janganlah pandang saya dengan simpati kerana di situ tiada kejujuran dalam perhubungan setiap insan.....". Ikuti kisah seterusnya dalam hari terakhirku di PPUM....... teruskan bersama PE....

Wednesday 4 May 2011

TANGAN KANAN PALSUKU

          Seperti yang dijanjikan esok saya akan menerima tangan kanan palsu apabila dimaklumkan oleh pihak hospital tangan kanan palsu saya dah siap.....tak sabar rasanya untuk melihat bagaimana rupa dan bentuk tangan kanan palsu saya ?. Anda rasa bagaimana.....? Adakah dengan memakai tangan kanan palsu nanti saya masih boleh meneruskan semua aktiviti yang saya telah lakukan sebelum saya kemalangan dulu.....boleh ke saya menunggang motor semula, berenang, menembak dan sebagainya.....? atau tangan kanan palsu saya lebih kuat seperti kehebatan dalam cerita tv yang paling saya suka tonton iaitu "6 million dolar man".....? atau tangan kanan palsu saya hanya sekadar untuk "menutup" keaiban si pemakainya.....Semua persoalan itu akan terjawab pada esok hari di bilik pemulihan anggota di PPUM...........
         Entah kenapa malam itu saya amat sukar untuk tidur....pusing kiri tak kena....pusing kanan pun rasa tak kena....apabila memikirkan hari esok dan selepas itu saya akan keluar daripada hospital ini........lama-lama... dan lama....zzzzzzzz........."Mak......kenapa mak menangis tengok saya....mak sedih tengok keadaan diri saya ke ?......atau mak menangis kerana tak sempat membela saya....?.....Macam-macam soalan saya tanya pada mak....tetapi sepatah perkataan pun tak keluar daripada mulut mak.....mak hanya menangis dan terus menangis..... mak....mak.....mak......kenapa mak diam....?.....jawab le mak.......mak tak sayang saya ke....? .......atau......mak....malu nak mengaku.....yang cacat ini anak mak.....?.... Mak tetap mendiamkan diri......... hanya wajah kesedihan di sepanjang pertemuan itu.....atau mak menangis kerana terlalu sedih dan terlalu sayang kepada saya sehingga tiada patah perkataan yang mampu mak ucapkan......begitulah hati dan perasaan seorang ibu...........". 
          "PE.... bangun....bangun..... Saya terjaga apabila dikejutkan oleh seorang jururawat.....apabila jururawat itu terdengar suara saya terjerit-jerit memanggil nama mak saya......."maaf....ye nurse...saya bermimpi rupanya....". Astafirullahalazim....3X.....tak sangka saya mimpikan arwah mak saya.... Saya terus sedekahkan surah AL-FATIHAH untuk mak saya..... Semoga roh arwah mak saya sentiasa dicucuri rahmat olehNYA......Amin dan saya pasti itu mak saya kerana walaupun mak meninggal dunia semasa saya masih kecil tetapi saya pernah menatap gambar wajah mak saya semasa pergi ke rumah Pak Ulong saya di Sungai Serdang, Kapar.... Mak saya sangat cantik dan berkulit putih kerana mak saya suka memakai bedak sejuk semasa mengandungkan saya.....cerita Mak Ulong kepada saya........
          Tak sedar menitis air mata saya waktu itu kerana saya tak pernah merasakan kasih sayang daripada seorang ibu sepanjang hayat saya.... Usahkan merasakan kasih sayang......melihat sendiri pun saya tak pernah.....kecuali dalam mimpi yang baru saya alami tadi..... Memang cantik mak saya walaupun dalam mimpi saya......dia hanya menangis dan tidak bercakap sepatah perkataan pun.....semoga kasih sayang mak sentiasa "ADA" walaupun mak "TIADA" dalam kehidupan yang nyata ini........sayangilah jika anda masih mempunyai seorang ibu......ikuti kisah ini dalam tangan kanan palsu ku 2.......jangan lupa bersama PE........

Monday 2 May 2011

AKU DI PPUM 6

          Sementara menunggu tangan kanan palsu saya siap, doktor terus menjalankan pemeriksaan terhadap diri saya sama ada perlukah saya menjalani pembedahan sekali lagi memandangkan luka di tangan kanan saya masih belum pulih sepenuhnya....tetapi saya tak benarkan jika pembedahan akan dilakukan sekali lagi kerana parut luka di peha kaki kiri dan kanan saya masih terasa sakitnya........sehingga sekarang kesan parutnya masih boleh nampak di peha kiri dan kanan saya......bagi saya biarlah luka tersebut pulih dengan sendiri.....nampak elok atau tidak saya terima dengan rela hati kerana "mereka yang memandang tidak merasai perasaan malu berbanding dengan saya yang akan merasa malu dengan pandangan masyarakat sekeliling..........Adakah mereka akan menghina atau memandang rendah terhadap diri saya nanti.....?".
          Semua persoalan itu akan terjawap apabila saya akan keluar daripada hospital ini tidak lama lagi......Kerana itulah pihak hospital sentiasa memberi kaunseling kepada saya....mereka takut saya akan menghadapi tekanan fizikal dan mental pada masa akan datang.....("mungkin mereka takut saya akan bunuh diri....agaknya") kata hati saya. Melihat keadaan ini ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan sekerja juga sering mengingatkan saya agar banyak-banyak bersabar.....Mereka berkata.."ada orang lain yang nasibnya lebih malang lagi daripada saya".................
         Sedang saya mengelamun....tiba-tiba saya disapa oleh seorang jururawat...."PE...(panggilan manja saya semasa berada di wad ortho 1) minggu depan awak boleh pakai tangan kanan palsu dan selepas belajar cara-cara mengunakan tangan palsu awak boleh keluar hospital".....kata-kata jururawat tu benar-benar mengembirakan saya kerana telah sebulan saya berada di Wad Ortho 1 di PPUM ini.....Tak sabar rasanya nak balik ke Kampung Peket 20......Atuk pesan bila dah keluar nanti balik kampung dulu untuk buat kenduri doa selamat.....selepas tu pergi ziarah kubur..... Agak-agaknya bagaimana rasanya hati dan perasaan ANDA jika telah mempunyai kubur sebahagian daripada tubuh anda sendiri....?. TUHAN saja yang tahu bagaimana hati dan perasaan saya sewaktu menziarahi kubur "tangan kanan saya" itu nanti. .......... "Apabila pulang dari kubur.........saya rasa seperti tangan kanan saya yang telah dikebumikan itu mengikuti setiap langkah kepulangan saya.....seolah-olah......". Anda akan tahu jika terus mengikuti kisah-kisah saya seterusnya...... Jangan lupa........teruskan bersama PE......