Wednesday 18 May 2011

HARI TERAKHIRKU DI PPUM

          Setelah 46 hari saya berada di Wad Ortho 1, PPUM, hari ini merupakan hari terakhir saya berada di sini. Begitu banyak kenangan dan pengalaman yang dapat saya rasai sepanjang tempoh rawatan dan selepas ini saya hanya akan menjalani rawatan susulan mengikut temu janji yang telah diberikan. Di kesempatan ini saya, ahli-ahli keluarga dan majikan ingin menyampaikan ucapan 'Terima Kasih' yang tidak terhingga dan tidak terbalas di atas layanan serta penjagaan rapi sepanjang tempoh kehadiran saya di Wad Ortho 1, PPUM.    
         Terima kasih kepada doktor, nurse seperti Rohaya, Noraini, Rodziah, Zaleha, Salmah dan petugas hospital seperti Bakar, Majid, Isa dan Norazian serta ketua jururawat dan kakak penyambut tetamu..... maaf kepada nama-nama mereka yang tidak di sebut. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan dan tetap dikenang untuk selama-lamanya. Pihak kami juga ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan jika sekiranya saya, ahli-ahli keluarga dan majikan ada terkasar bicara yang menyinggung hati dan perasaan anda semua. Jika ada di antara anda semua ada terbaca blog ini atau masih mengenali diri saya...... hubungilah saya kerana setiap detik kenangan bersama anda semua sungguh bermakna....... kerana kata-kata semangat, nasihat dan gurau senda anda semua adalah antara penyumbang bekalan semangat kehidupan yang saya lalui sehingga kini...... Sebagaimana anda mengenali saya pada waktu tu........ kenalilah juga saya pada waktu ini.....
          Setelah semua nya selesai bersalaman dan bermaafan dengan doktor, nurse, petugas-petugas hospital dan semua pesakit-pesakit yang berada di Wad Ortho 1 pada waktu itu........saya terus keluar dengan hati dan perasaan yang pilu sekali membawa kenangan suka dan duka ketika bersama-sama mereka.......ketika keluar saya memakai tangan kanan palsu dengan memakai baju kemeja lengan panjang kerana saya akan terus pergi ke tempat kerja untuk memberi "KEJUTAN" kepada majikan dan teman-teman di tempat kerja......
          Pak Cik telah menunggu di luar untuk mengambil saya pulang......terpandang saya wajah kesedihan..... menangis agaknya Pak Cik ketika melihat saya pada masa tu...... Pertama kali keluar wad tadi pun..... ramai juga antara mereka yang melihat dan memberikan pandangan sayu kepada saya......bukan saya minta semua ini terjadi.....tetapi itulah hakikat yang mesti saya terima dan hakikat itulah yang akan saya lalui setelah melangkahkan kaki keluar saja daripada hospital ini....... Semuanya ada di dalam fikiran saya.......dan saya terus memikirkan setelah tiba di tempat kerja nanti adakah mereka akan terkejut dengan kedatangan "tangan kanan palsu" yang saya pakai.......teruskan bersama PE..........

No comments:

Post a Comment