Monday 2 May 2011

AKU DI PPUM 6

          Sementara menunggu tangan kanan palsu saya siap, doktor terus menjalankan pemeriksaan terhadap diri saya sama ada perlukah saya menjalani pembedahan sekali lagi memandangkan luka di tangan kanan saya masih belum pulih sepenuhnya....tetapi saya tak benarkan jika pembedahan akan dilakukan sekali lagi kerana parut luka di peha kaki kiri dan kanan saya masih terasa sakitnya........sehingga sekarang kesan parutnya masih boleh nampak di peha kiri dan kanan saya......bagi saya biarlah luka tersebut pulih dengan sendiri.....nampak elok atau tidak saya terima dengan rela hati kerana "mereka yang memandang tidak merasai perasaan malu berbanding dengan saya yang akan merasa malu dengan pandangan masyarakat sekeliling..........Adakah mereka akan menghina atau memandang rendah terhadap diri saya nanti.....?".
          Semua persoalan itu akan terjawap apabila saya akan keluar daripada hospital ini tidak lama lagi......Kerana itulah pihak hospital sentiasa memberi kaunseling kepada saya....mereka takut saya akan menghadapi tekanan fizikal dan mental pada masa akan datang.....("mungkin mereka takut saya akan bunuh diri....agaknya") kata hati saya. Melihat keadaan ini ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan sekerja juga sering mengingatkan saya agar banyak-banyak bersabar.....Mereka berkata.."ada orang lain yang nasibnya lebih malang lagi daripada saya".................
         Sedang saya mengelamun....tiba-tiba saya disapa oleh seorang jururawat...."PE...(panggilan manja saya semasa berada di wad ortho 1) minggu depan awak boleh pakai tangan kanan palsu dan selepas belajar cara-cara mengunakan tangan palsu awak boleh keluar hospital".....kata-kata jururawat tu benar-benar mengembirakan saya kerana telah sebulan saya berada di Wad Ortho 1 di PPUM ini.....Tak sabar rasanya nak balik ke Kampung Peket 20......Atuk pesan bila dah keluar nanti balik kampung dulu untuk buat kenduri doa selamat.....selepas tu pergi ziarah kubur..... Agak-agaknya bagaimana rasanya hati dan perasaan ANDA jika telah mempunyai kubur sebahagian daripada tubuh anda sendiri....?. TUHAN saja yang tahu bagaimana hati dan perasaan saya sewaktu menziarahi kubur "tangan kanan saya" itu nanti. .......... "Apabila pulang dari kubur.........saya rasa seperti tangan kanan saya yang telah dikebumikan itu mengikuti setiap langkah kepulangan saya.....seolah-olah......". Anda akan tahu jika terus mengikuti kisah-kisah saya seterusnya...... Jangan lupa........teruskan bersama PE......

No comments:

Post a Comment