Sunday 6 March 2011

AKU DI PPUM 2

          Hidup ini mesti diteruskan....mengenang kembali apakah dosa-dosa yang telah ku lakukan terhadapmu Ya ALLAH sehingga menjadikan diri ini cacat untuk seumur hidup. "Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini....." antara seni kata lagu yang ku nyanyikan semasa berada di hospital.
          Sebelum datang bekerja di sini....saya adalah antara remaja kampung yang sangat nakal....dari kecil saya dibesarkan dalam suasana kampung yang penuh dengan kemewahan dan kemanjaan kerana saya di pelihara oleh atuk saya Almahrum Sidang Mat Ulu bin Montel iaitu seorang Ketua Kampung Peket 20, Sg.Besar. Atuk dan Opah memelihara saya dan kakak saya dari kecil hingga dewasa kerana ibu saya telah meninggal dunia sewaktu saya berusia 3 bulan manakala bapa saya pula seorang kontraktor kelas A yang sering berpindah-randah tempat tinggalnya mengikut projek-projek pembinaan yang bapa saya uruskan kerana itulah atuk dan opah memelihara saya....
          Saya bersekolah di Sek Keb Parit 4, Sg.Haji Durani, masih saya ingat guru besar sekolah ini iaitu En. Musa selalu datang berjumpa dengan atuk mengadukan hal kemalasan, kenakalan dan sikap saya yang suka ponteng sekolah. Saya tengok atuk anguk-angukkan kepala aje apabila En.Musa bercakap....lama-lama En.Musa dah tak mengadu lagi mungkin kerana atuk tak ambil tindakan apa-apa walaupun atuk sebenarnya adalah Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut. Sehingga sekarang saya masih lagi menjalinkan persahabatan dengan anak lelaki En. Musa iaitu Amin kerana Amin juga sama macam saya semasa kami sama-sama belajar dari darjah 1 hingga darjah 6....
          Setelah habis belajar sekolah rendah saya melanjutkan pelajaran ke Sek Men Sri Bedena, Sg.Besar. Pergi ke sekolah menengah saya menggunakan motor atuk, Yamaha Sport warna oren WC 5984. Walaupun saya tak ada lesen itu tidak menjadi masalah kerana saya menggunakan jalan dalam melalui sawah padi dan kebun kelapa untuk sampai ke sekolah....saya dan kawan-kawan akan letak motor di rumah kawan lepas tu kami jalan kaki 100 meter baru sampai ke sekolah....bila atuk nak guna motor baru saya pergi ke sekolah naik bas....tapi saya suka jika atuk guna motor tu kerana bila saya balik sekolah sebelah petang boleh le ronda-ronda seluruh kampung kerana atuk dah isi minyak penuh. Sayang Atuk dan Opah.............
          Bab duit pula tak ada masalah kerana opah dah simpankan kat bawah tikar atau tilam tempat selalu untuk saya. Ronda-ronda kampung naik motor, pergi mandi kat parit, tembak belacak, cari ikan kat sawah, menjala adalah aktiviti saya semasa di kampung....yang paling tidak dapat saya lupakan apabila atuk ajak saya masuk hutan pergi menembak ayam hutan, burung, rusa dan sebagainya yang boleh dimakan. Sekali tu opah tak cuci bersih ayam hutan yang atuk bawak balik untuk di masak....apa lagi makan ayam hutan bercampur dengan peluru tabur daripada senapang atuk le....nasib baik tak patah gigi atuk..........    
          "Adik,...adik,.....dah makan ubat ke?".....pertanyaan daripada juru rawat menamatkan lamunan kisah silam saya....."Belum lagi, saya tunggu makanan sampai"....jawab saya ringkas. Saya perlu makan dulu kerana sekejap lagi waktu melawat pesakit akan bermula....harap-harap hari ini mak cik Lela kesayangan saya datang bawak sup ikan haruan....nak cepat sembuhkan luka katanya....InsyaAllah.......ikuti sambungannya dalam bulan April nanti.....tungggguuuuuu !!!

Saturday 5 March 2011

AKU DI PPUM

          Setelah menerima bantuan alat pernafasan di Unit Kecemasan...semakin lama semakin layu mata saya rasakan....akhirnya saya tak ingat apa-apa lagi sehingga lah keesokan hari nya setelah sedar saya dapati telah berada di Wad Ortho 1, Universiti Hospital....setelah sedar doktor datang berjumpa untuk memberitahu saya bahawa tangan kanan saya sehingga siku terpaksa di potong kerana semua tulang-tulang telah hancur dan tak dapat di selamatkan....doktor kata salah seorang ahli keluarga saya kena tanda tangan surat kebenaran agar pihak PPUM dapat melakukan operasi memotong tangan kanan saya....mereka tunggu ahli keluarga saya dari kampung untuk meminta tanda tangan kebenaran....mak cik kata dia tak berani tanda tangan surat kebenaran....saya tanya doktor.."saya boleh tanda tangan sendiri ke ?"...."boleh"...kata doktor....tanpa membuang masa saya terus meminta surat itu untuk saya tanda tangan kerana jika ingin menunggu ahli-ahli keluarga saya sampai tak tau bila...jika ada pun mungkin mereka pun tak berani tanda tangan juga.
          Setelah surat kebenaran di tanda tangan oleh saya sendiri urusan pembedahan akan dibuat secepat mungkin....sebelah petang saya telah di hantar ke bahagian pembedahan....sebelum memulakan pembedahan saya telah diberi kaunseling bagaimana satu cara kehidupan daripada insan normal menjadi insan hilang upaya kekal selama-lamanya....semakin lama mendengar kata-kata juru kaunseling tu semakin lena saya rasakan walaupun dalam hati saya menangis bila mengenangkan bagaimana cara hidup saya selepas ini....bermulalah hidup ku sebagai OKU...............................
          Tak pasti berapa lama saya di bilik pembedahan....keesokan harinya sedar-sedar saya dah ada di atas katil dikelilingi oleh ahli-ahli keluarga saya yang telah sampai dari kampung....Opah kata.."Tadi atuk kamu pengsan bila tengok kamu dah tak de tangan kanan"...."Abah mana tanya saya ?"....abah dah bawak atuk balik rumah mak cik untuk berehat, lepas tu abah terus balik Sg.Besar bawa tangan kanan saya untuk dikebumikan....hingga kini masih ada lagi kubur tangan kanan saya. Semua ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan memberi semangat kepada saya....hidup ini mesti diteruskan....Ya ALLAH berikan hambamu ini kekuatan diri dan iman agar diriku dapat menempuh segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini.......Amin

Friday 4 March 2011

AKU OKU

          Pada tarikh 03/06/1983 adalah tarikh sejarah hitam di dalam seluruh kehidupanku. Pada pagi hari itu, saya memulakan tugas seperti biasa sebagai operator mesin cetak di Percetakan Solai Sdn.Bhd. Petaling Jaya. Semasa bekerja di sini saya tinggal bersama-sama dengan mak cik saya di Jalan Templer, Petaling Jaya. Semasa saya tinggal dengan beliau saya mengambil keputusan untuk mencari kerja dan kebetulan syarikat percetakan ini memerlukan pekerja am.
          Hari pertama bekerja pada 11/08/1982 saya bekerja sebagai kelindan van pengangkutan syarikat tersebut,....itu adalah hari pertama bekerja yang paling seronok dalam hidupku....maklumlah hari pertama bekerja saya telah pergi berjalan-jalan ke Kuala Lumpur kerana kami pergi menghantar buku-buku ke Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Selain daripada mencetak buku-buku untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, syarikat tempat saya bekerja ini juga mencetak majalah Wanita dan URTV keluaran Utusan Melayu... Di samping itu, syarikat ini juga mengeluarkan buku-buku komik dan majalah-majalah keluaran syarikat ini sendiri seperti majalah FUNI dan BINTANG TV....
          Setiap hari juga saya dan seorang lagi pembantu iaitu kawan saya Jagjit Singh serta pemandu van En. Eng Kee Tiew atau lebih mesra dengan panggilan Wong akan menghantar buku-buku dan majalah-majalah ke lokasi tersebut....Wong ni suka belanja saya dan kawan saya makan setelah selesai semua penghantaran dilakukan....sebagai pekerja baru tentulah kami suka dibelanja kerana maklumlah baru mula bekerja duit pun tak cukup....begitulah rutin pekerjaan saya setiap hari.
          Setelah masuk 8 bulan bekerja saya telah ditukarkan ke bahagian operator mesin cetak....mereka kata saya seorang pekerja yang rajin sebab tu lah saya ditukarkan....selepas itu bermulalah jadual kerja saya sebagai operator mesin cetak....jadi operator mesin cetak ni bahaya le kerjanya perlu banyak berhati-hati kerana tengok mesin cetak aje saya dah takut....besar dan panjang mesin cetak ni rupanya. Setelah bekerja sebagai operator mesin cetak barulah saya tahu bagaimana proses-proses percetakan dilakukan....dan Ketua saya iaitu En. Baharuddin banyak mengajar serta membantu saya dalam tugas yang baru ini di samping itu ada seorang lagi kawan yang membantu kami iaitu En.Chong penolong kepada ketua saya. Setiap hari kami akan mengendalikan mesin cetak Rotaspeed dan setiap hari juga kami akan kerja dari pagi sampai malam...banyak kerja-kerja mencetak yang perlu kami siapkan. Semangat sungguh kami bekerja dan yang pasti kami seronok dengan semangat kerja berpasukan yang diketuai oleh En. Bahar....cukup bulan ni pasti kami dapat gaji banyak kerana kami banyak kerja lebih masa....mereka dah janji nak bawak saya pergi Jalan Chow Kit....saya tak kisah ikut saja apa rancangan mereka.
          Seperti yang telah di ketahui memang bulan tu kami dapat gaji banyak...dapat RM 1,700.00 gaji saya masa tu...setelah tolak pinjam duit kawan-kawan dan bagi pada mak cik dan opah saya di kampung ....selebihnya tu barulah saya gunakan pergi jalan-jalan bersama kawan-kawan. Pada hujung minggu bersama-sama kawan saya iaitu En. Bahar, Chong dan Singh kami pergi ke Jalan Chow Kit....itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Jalan Chow Kit....sehari suntuk kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Chow Kit lepas tu kami menonton wayang dan makan-makan sepuasnya....seronok betul kami hari itu.
          Setelah berseronok semalam, hari ini kami memulakan tugas sebagai operator mesin cetak....dan sehinggalah pada satu pagi apabila Supervisor memanggil saya dan memberitahu saya....."hari ni Chong sakit...kamu gantikan tempat dia...". Ok! jawab saya ringkas. Saya berbincang dengan En. Bahar bagaimana tugas saya pada hari itu....setelah mendengar taklimat daripada Puan Ah Khew iaitu Supervisor tempat kami bekerja....dengan Bismillah dan doa saya memulakan kerja seperti yang telah diarahkan....sehinggalah jam 8.30 pagi. Semasa tengah bekerja saya terlihat "plate" di mesin cetak itu kotor....sewaktu ingin cuba membersihkannya....tiba-tiba tangan kanan saya termasuk ke dalam mesin cetak itu...sehinggalah mesin cetak separuh auto itu berhenti dengan sendirinya...saya menjerit dengan sekuat hati....sehingga seorang kawan saya menyedari kejadian itu....dia menjerit memberitahu kepada yang lain bahawa tangan kanan saya telah masuk ke dalam roller mesin cetak tersebut....seperti orang yang panik mereka hanya melihat saya dalam keadaan yang lemah....seluruh anggota badan saya kebas dan sakit yang amat sangat saya rasakan....tangan kanan saya menjadi seperti getah....walaupun tidak mengeluarkan darah tetapi tulang-tulang tangan kanan saya hancur....seperti kita lihat bagaimana mesin tebu memerah air tebu untuk mendapatkan airnya....sewaktu mereka mengeluarkan tangan kanan saya ada yang menangis dan cuba memapah saya untuk di hantar ke Universiti Hospital dengan menggunakan van syarikat....saya tidak pengsan tetapi masa itulah saya sendiri melihat tangan kanan yang hancur hingga ke paras siku.
         Sewaktu tiba di Unit Kecemasan Universiti Hospital saya telah diberikan bantuan alat pernafasan kerana keadaan saya yang terlalu lemah.............ikutilah sambungan kisah Aku OKU ini dalam Aku di PPUM.