Sunday 6 March 2011

AKU DI PPUM 2

          Hidup ini mesti diteruskan....mengenang kembali apakah dosa-dosa yang telah ku lakukan terhadapmu Ya ALLAH sehingga menjadikan diri ini cacat untuk seumur hidup. "Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini....." antara seni kata lagu yang ku nyanyikan semasa berada di hospital.
          Sebelum datang bekerja di sini....saya adalah antara remaja kampung yang sangat nakal....dari kecil saya dibesarkan dalam suasana kampung yang penuh dengan kemewahan dan kemanjaan kerana saya di pelihara oleh atuk saya Almahrum Sidang Mat Ulu bin Montel iaitu seorang Ketua Kampung Peket 20, Sg.Besar. Atuk dan Opah memelihara saya dan kakak saya dari kecil hingga dewasa kerana ibu saya telah meninggal dunia sewaktu saya berusia 3 bulan manakala bapa saya pula seorang kontraktor kelas A yang sering berpindah-randah tempat tinggalnya mengikut projek-projek pembinaan yang bapa saya uruskan kerana itulah atuk dan opah memelihara saya....
          Saya bersekolah di Sek Keb Parit 4, Sg.Haji Durani, masih saya ingat guru besar sekolah ini iaitu En. Musa selalu datang berjumpa dengan atuk mengadukan hal kemalasan, kenakalan dan sikap saya yang suka ponteng sekolah. Saya tengok atuk anguk-angukkan kepala aje apabila En.Musa bercakap....lama-lama En.Musa dah tak mengadu lagi mungkin kerana atuk tak ambil tindakan apa-apa walaupun atuk sebenarnya adalah Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut. Sehingga sekarang saya masih lagi menjalinkan persahabatan dengan anak lelaki En. Musa iaitu Amin kerana Amin juga sama macam saya semasa kami sama-sama belajar dari darjah 1 hingga darjah 6....
          Setelah habis belajar sekolah rendah saya melanjutkan pelajaran ke Sek Men Sri Bedena, Sg.Besar. Pergi ke sekolah menengah saya menggunakan motor atuk, Yamaha Sport warna oren WC 5984. Walaupun saya tak ada lesen itu tidak menjadi masalah kerana saya menggunakan jalan dalam melalui sawah padi dan kebun kelapa untuk sampai ke sekolah....saya dan kawan-kawan akan letak motor di rumah kawan lepas tu kami jalan kaki 100 meter baru sampai ke sekolah....bila atuk nak guna motor baru saya pergi ke sekolah naik bas....tapi saya suka jika atuk guna motor tu kerana bila saya balik sekolah sebelah petang boleh le ronda-ronda seluruh kampung kerana atuk dah isi minyak penuh. Sayang Atuk dan Opah.............
          Bab duit pula tak ada masalah kerana opah dah simpankan kat bawah tikar atau tilam tempat selalu untuk saya. Ronda-ronda kampung naik motor, pergi mandi kat parit, tembak belacak, cari ikan kat sawah, menjala adalah aktiviti saya semasa di kampung....yang paling tidak dapat saya lupakan apabila atuk ajak saya masuk hutan pergi menembak ayam hutan, burung, rusa dan sebagainya yang boleh dimakan. Sekali tu opah tak cuci bersih ayam hutan yang atuk bawak balik untuk di masak....apa lagi makan ayam hutan bercampur dengan peluru tabur daripada senapang atuk le....nasib baik tak patah gigi atuk..........    
          "Adik,...adik,.....dah makan ubat ke?".....pertanyaan daripada juru rawat menamatkan lamunan kisah silam saya....."Belum lagi, saya tunggu makanan sampai"....jawab saya ringkas. Saya perlu makan dulu kerana sekejap lagi waktu melawat pesakit akan bermula....harap-harap hari ini mak cik Lela kesayangan saya datang bawak sup ikan haruan....nak cepat sembuhkan luka katanya....InsyaAllah.......ikuti sambungannya dalam bulan April nanti.....tungggguuuuuu !!!

1 comment:

  1. comel betul tulisan abam piee masa muda dulu...eh,sekarang ni tulisan tangan kiri pun masih ok juga ke?

    ReplyDelete