Friday 4 March 2011

AKU OKU

          Pada tarikh 03/06/1983 adalah tarikh sejarah hitam di dalam seluruh kehidupanku. Pada pagi hari itu, saya memulakan tugas seperti biasa sebagai operator mesin cetak di Percetakan Solai Sdn.Bhd. Petaling Jaya. Semasa bekerja di sini saya tinggal bersama-sama dengan mak cik saya di Jalan Templer, Petaling Jaya. Semasa saya tinggal dengan beliau saya mengambil keputusan untuk mencari kerja dan kebetulan syarikat percetakan ini memerlukan pekerja am.
          Hari pertama bekerja pada 11/08/1982 saya bekerja sebagai kelindan van pengangkutan syarikat tersebut,....itu adalah hari pertama bekerja yang paling seronok dalam hidupku....maklumlah hari pertama bekerja saya telah pergi berjalan-jalan ke Kuala Lumpur kerana kami pergi menghantar buku-buku ke Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Selain daripada mencetak buku-buku untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, syarikat tempat saya bekerja ini juga mencetak majalah Wanita dan URTV keluaran Utusan Melayu... Di samping itu, syarikat ini juga mengeluarkan buku-buku komik dan majalah-majalah keluaran syarikat ini sendiri seperti majalah FUNI dan BINTANG TV....
          Setiap hari juga saya dan seorang lagi pembantu iaitu kawan saya Jagjit Singh serta pemandu van En. Eng Kee Tiew atau lebih mesra dengan panggilan Wong akan menghantar buku-buku dan majalah-majalah ke lokasi tersebut....Wong ni suka belanja saya dan kawan saya makan setelah selesai semua penghantaran dilakukan....sebagai pekerja baru tentulah kami suka dibelanja kerana maklumlah baru mula bekerja duit pun tak cukup....begitulah rutin pekerjaan saya setiap hari.
          Setelah masuk 8 bulan bekerja saya telah ditukarkan ke bahagian operator mesin cetak....mereka kata saya seorang pekerja yang rajin sebab tu lah saya ditukarkan....selepas itu bermulalah jadual kerja saya sebagai operator mesin cetak....jadi operator mesin cetak ni bahaya le kerjanya perlu banyak berhati-hati kerana tengok mesin cetak aje saya dah takut....besar dan panjang mesin cetak ni rupanya. Setelah bekerja sebagai operator mesin cetak barulah saya tahu bagaimana proses-proses percetakan dilakukan....dan Ketua saya iaitu En. Baharuddin banyak mengajar serta membantu saya dalam tugas yang baru ini di samping itu ada seorang lagi kawan yang membantu kami iaitu En.Chong penolong kepada ketua saya. Setiap hari kami akan mengendalikan mesin cetak Rotaspeed dan setiap hari juga kami akan kerja dari pagi sampai malam...banyak kerja-kerja mencetak yang perlu kami siapkan. Semangat sungguh kami bekerja dan yang pasti kami seronok dengan semangat kerja berpasukan yang diketuai oleh En. Bahar....cukup bulan ni pasti kami dapat gaji banyak kerana kami banyak kerja lebih masa....mereka dah janji nak bawak saya pergi Jalan Chow Kit....saya tak kisah ikut saja apa rancangan mereka.
          Seperti yang telah di ketahui memang bulan tu kami dapat gaji banyak...dapat RM 1,700.00 gaji saya masa tu...setelah tolak pinjam duit kawan-kawan dan bagi pada mak cik dan opah saya di kampung ....selebihnya tu barulah saya gunakan pergi jalan-jalan bersama kawan-kawan. Pada hujung minggu bersama-sama kawan saya iaitu En. Bahar, Chong dan Singh kami pergi ke Jalan Chow Kit....itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Jalan Chow Kit....sehari suntuk kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Chow Kit lepas tu kami menonton wayang dan makan-makan sepuasnya....seronok betul kami hari itu.
          Setelah berseronok semalam, hari ini kami memulakan tugas sebagai operator mesin cetak....dan sehinggalah pada satu pagi apabila Supervisor memanggil saya dan memberitahu saya....."hari ni Chong sakit...kamu gantikan tempat dia...". Ok! jawab saya ringkas. Saya berbincang dengan En. Bahar bagaimana tugas saya pada hari itu....setelah mendengar taklimat daripada Puan Ah Khew iaitu Supervisor tempat kami bekerja....dengan Bismillah dan doa saya memulakan kerja seperti yang telah diarahkan....sehinggalah jam 8.30 pagi. Semasa tengah bekerja saya terlihat "plate" di mesin cetak itu kotor....sewaktu ingin cuba membersihkannya....tiba-tiba tangan kanan saya termasuk ke dalam mesin cetak itu...sehinggalah mesin cetak separuh auto itu berhenti dengan sendirinya...saya menjerit dengan sekuat hati....sehingga seorang kawan saya menyedari kejadian itu....dia menjerit memberitahu kepada yang lain bahawa tangan kanan saya telah masuk ke dalam roller mesin cetak tersebut....seperti orang yang panik mereka hanya melihat saya dalam keadaan yang lemah....seluruh anggota badan saya kebas dan sakit yang amat sangat saya rasakan....tangan kanan saya menjadi seperti getah....walaupun tidak mengeluarkan darah tetapi tulang-tulang tangan kanan saya hancur....seperti kita lihat bagaimana mesin tebu memerah air tebu untuk mendapatkan airnya....sewaktu mereka mengeluarkan tangan kanan saya ada yang menangis dan cuba memapah saya untuk di hantar ke Universiti Hospital dengan menggunakan van syarikat....saya tidak pengsan tetapi masa itulah saya sendiri melihat tangan kanan yang hancur hingga ke paras siku.
         Sewaktu tiba di Unit Kecemasan Universiti Hospital saya telah diberikan bantuan alat pernafasan kerana keadaan saya yang terlalu lemah.............ikutilah sambungan kisah Aku OKU ini dalam Aku di PPUM.

No comments:

Post a Comment