Wednesday 22 June 2011

UCAPAN TERIMA KASIH



Klik Nostalgia ini untuk besarkan jika anda ingin membaca Malam Tradisi Yang Mencipta Kenangan.....
     
          Nostalgia ini saya paparkan untuk tatapan anda semua kerana baru-baru ini saya menerima banyak panggilan telefon /sms / email daripada teman-teman ketika kami sama-sama belajar dalam bidang Perakaunan di Stamford College PJ, pengajian luar kampus Pengurusan Perniagaan di ITM Jln Othman dan UPM Serdang begitu juga ketika kami semua aktif di bidang penulisan....... Central Market adalah tempat kami sering berjumpa untuk menghasilkan karya-karya seni..........
          Terima kasih banyak-banyak atas dorongan dan semangat daripada teman-teman, ahli keluarga saya begitu juga kepada anda semua yang sentiasa mengikuti blog saya ini......dan yang paling pemberi semangat ialah isteri kesayangan saya iaitu Puan Siti Rahamah Syed Shaari yang sentiasa menjadi editor dalam setiap penulisan saya ini......
          Ikutilah kisah saya semasa bujang, semasa bekerja, sewaktu belajar, sewaktu bercinta, setelah berkahwin, setelah berkeluarga dan kehidupan saya pada masa dahulu....sehingga kini......dan InsyaAllah saya akan jadikan blog ini sebuah buku khas untuk anda semua yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada saya dan juga "pengikut" setia saya di dalam blog ini. Semoga kita semua dirahmati serta dilindungi olehNYA sentiasa........ Amin...... .Luangkan sedikit masa anda untuk membaca blog saya ini. Anda tidak rugi jika membaca kisah saya tetapi anda akan rugi jika tidak mahu membacanya.................cadangan / komen daripada Anda semua amat saya hargai dan terimalah seikhlas Ucapan Terima Kasih daripada saya.........
          .......Teruskan bersama PE..........

Monday 20 June 2011

MENZIARAHI KUBUR 2

            Tuhan saja yang tahu bagaimana hati dan perasaan saya sewaktu Abah menunjukkan inilah kubur tangan kanan kamu. Siap ada nama saya lagi dan tertulis dalam kurungan "tangan kanan sahaja"..... Sambil itu Abah juga menunjukkan kubur pasangan kembar abang saya sendiri....... Selama ini memang Atuk ada menceritakan bahawa saya mempunyai abang kembar iaitu Husin dan Hasan...... Mereka meninggal dunia selepas beberapa minggu dilahirkan......... Saya tak pasti sebab apa mereka meninggal dunia kerana Abah tidak banyak bercerita mengenai abang kembar saya ini........ Lagi pun saya tidak pula ingin bertanya kerana saya tidak mahu kisah silam yang mungkin sedih menghantui diri Abah semula kerana sepanjang saya mengenali diri Abah........seolah-olah ada cerita sedih yang Abah cuba sembunyikan...... Mungkin Abah juga tak mahu saya merasai kesedihannya.......sebagaimana yang Abah saya alami sendiri......itulah Abah yang saya kenal......sukar sekali untuk melihat kesedihan di hati dan perasaannya........
            Setelah membersihkan kawasan kubur saya, abang saya dan yang berada di sekitarnya..........Abah memulakan bacaan Yassin terutama sekali untuk ibu saya Almarhumah Timah bt. Kasim, abang kembar saya dan semua ahli keluarga kami serta seluruh muslimin dan muslimat..... Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua......Amin
             Apabila pulang dari kubur, saya rasa seperti tangan kanan saya yang telah dikebumikan itu mengikuti setiap langkah kepulangan saya.......seolah-olah "tangan kanan" itu ingin bercantum semula walaupun pada hakikatnya ianya telah "dipisahkan" akibat kemalangan yang saya alami dahulu...... Urat-urat yang masih tinggal seperti ingin "keluar"........ Semakin lama semakin sakit saya rasakan........saya menjerit sekuat hati memanggil nama Abah saya dengan harapan dapat membantu saya mengurangkan kesakitan yang saya alami....... Namun jeritan saya tidak didengari oleh sesiapa pun sedangkan tangan kanan saya semakin sakit...... Semakin lama semakin sakit tangan kanan saya....... Kenapa boleh jadi begini......?... Kenapa tiada sesiapa pun yang mendengar jeritan saya yang benar-benar dalam kesakitan ini.......... Sewaktu dikubur tadi ada juga orang lain yang melawat kubur ahli keluarga mereka.......tetapi kenapa mereka juga tidak menolong saya yang amat memerlukan pertolongan sekarang ini........tangan kanan saya semakin sakit....... sakit.... ...sakit....sakit..............sakitnya.................saaaaaaakkkkkkiiiiiiiittttttttnnnnyyyyyaaaaaaaa......
             "PE......PE.....PE.......PEE..........bangun cepat....!!!....bangun cepat.....!!!......."...."semut api penuh kat tangan kanan kamu ni........."....."kenapa kamu tidur kat bawah rumah ni......"...."kat sini banyak semut api tau....."....kata Opah ketika mengejutkan saya setelah mendengar suara saya terjerit-jerit tadi...... Rupa-rupanya semut api telah mengigit tangan kanan saya sehingga sakit yang amat sangat.  "Abah kamu tak sampai lagi..."....."ada hal lain le tu"........"tak jadi pergi ke kubur le kamu hari ini.......?", kata Opah sambil menyapu minyak gamat kat tangan kanan saya...... "Saya dah pergi ke kubur le Opah"........"tetapi dalam mimpi aje le.....Opah".......... "Mana le Abah saya ni.........kenapa tak datang....?".
             Sempena hari bapa minggu ini......... Selamat Hari Bapa......untuk Abah yang saya sayangi selalu kerana tanpa Abah tidak mungkin saya ada di dunia ini dan tanpa anda juga tidak mungkin kita akan terus bersama PE....
                              ...............teruskan bersama PE.........menziarahi kubur 3........

         

Wednesday 15 June 2011

MENZIARAHI KUBUR

            Dalam kisah yang lepas saya pernah bertanya.....Agak-agaknya bagaimana rasanya hati dan perasaan anda jika telah mempunyai kubur sebahagian daripada tubuh anda sendiri......?. Pernahkah anda memikirkan atau pernahkah anda mendengar kisah ini daripada insan lain yang mungkin kisahnya hampir sama dengan nasib saya.....?. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t jika anda atau ahli keluarga anda belum pernah mengalami kisah seperti saya ini kerana di sepanjang kehidupan saya......bayang-bayang kehilangan tangan kanan itu sentiasa ada walau di mana saya berada atau setiap detik masa berlalu pergerakan urat-urat yang putus itu boleh saya rasakan.....seolah-olah ia mencari di mana dan ke mana perginya hujung jari-jemari yang lima itu.......?.
             Hari ini saya akan pergi menziarahi kubur tangan kanan saya........ Kali ini saya terpaksa menunggu kedatangan Abah untuk mengambil saya pergi......kerana kubur tu Abah saja yang tahu di mana tempatnya.... Abah saya menetap di Sungai Haji Durani bersama emak tiri saya serta 4 orang anak mereka..... Saya tidak menetap bersama Abah saya kerana tidak mahu menganggu keharmonian rumah tangga Abah..... Lagipun saya lebih selesa tinggal bersama dengan Atuk, Opah, Kakak dan Mak cik di rumah Atuk..... Mungkin kerana itu jugalah hubungan antara saya dan abah tidak begitu rapat atau mesra seperti anak beranak......  
             Setiap kali pergi ke surau, apabila mendengar ceramah daripada Ustaz atau Ustazah yang sering mengingatkan para jemaah......"hormatilah serta jagalah hati dan perasaan kedua ibu bapa kamu"....... saya akan berasa sedih dan air mata tangisan dapat saya rasai secara perlahan-lahan kerana saya berasa serba salah atau berdosa...... Perasaan ini sentiasa menyelubungi diri saya kerana saya tidak pernah menerima atau langsung tidak pernah merasakan wujudnya kasih sayang mereka terhadap diri saya...... "ketiadaan" itulah yang sering menjadikan saya insan yang tandus dengan kasih sayang daripada seorang bapa jauh sekali daripada seorang ibu.......
              Dari dulu lagi kehadiran saya seperti tidak wujud di mata mereka......... Saya pun tak tahu apakah kesalahan saya di mata mereka....... Mungkin mereka malu dengan keadaan diri saya ini.......?...Jika ada kesalahan saya......saya mohon keampunan daripada abah sekeluarga........... Semoga Allah s.w.t akan mengampunkan segala dosa-dosa saya dan kedua ibubapa saya serta semua ahli keluarga saya yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia........Amin
             Mungkin ada yang berfikir itu hanya perasaan saya saja kerana kebanyakan insan seperti saya amat mudah tersentuh hati dan perasaan mereka....... Itu memang benar dan tidak sekali-kali saya nafikan......?. Tetapi cubalah anda bayangkan menjadi seperti saya........dan lalui cara kehidupan saya apabila berhadapan dengan situasi yang sebenarnya....... Saya bagi satu contoh......"jika ada tetamu datang ke rumah.......semua ahli keluarga diperkenalkan kepada tetamu itu kecuali........kecuali saya seorang saja yang tidak  diperkenalkan....".  Mengapa dan apakah alasannya.........?. Adakah malu untuk memperkenalkan saya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dengan alasan kerana keadaan diri saya seperti ini.......?...... Dan saya paparkan ini semata-mata ingin berkongsi kisah benar dan pengalaman saya sebagai renungan untuk kita bersama........ Inilah contoh realiti kehidupan yang terpaksa saya lalui dari dulu.........seterusnya..........sehingga kini........
              Sementara menunggu abah datang saya lepak dulu di bawah rumah atuk....... Rumah atuk ini, tiangnya tinggi dan di sekeliling rumah atuk banyak pokok mangga....... Jadi saya pun membentangkan tikar sambil membaca buku....... Kat bawah rumah atuk ni jika lepak pasti terlena kerana tiupan angin di sekeliling sawah padi begitu nyaman sekali........ pemandangan kehijauan sawah padi sentiasa melenakan diri ini..........
               ............teruskan bersama PE........menziarahi kubur 2...........

Saturday 11 June 2011

BALIK KAMPUNG 4

            "Tak percaya....tak percaya....tak percaya.....kami tak percaya le Opah"....."Betul Opah.....dia boleh berenang....." Cerita mereka pada Opah bahawa saya boleh berenang kat sungai tu..... Sungai itu memang tempat yang paling sesuai kepada sesiapa sahaja yang suka mandi sungai. Jika musim tanam padi, sungai itu akan menjadi sungai air tawar.... Masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk menjala atau memancing ikan seperti ikan haruan, keli, sepat, puyu, udang galah dan lain-lain dan akan menjadi hidangan lauk ikan air tawar yang paling digemari oleh kami semua......
             Tetapi jika musim menuai padi, sungai itu akan menjadi kering dan jika air laut pasang, sungai itu akan menjadi sungai air masin kerana sungai itu di muaranya adalah laut.... Masa ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk menjala atau memancing ikan seperti ikan sembilang, kembung, belanak, udang dan lain-lain yang amat mudah di dapati.... Masa itulah jika air laut surut.....ikan belacak akan menjadi mangsa tembakan lastik kami....kerana itulah masa dulu aktiviti kami sentiasa ada.........
             Sekarang adalah musim menanam padi.....air sungai sentiasa penuh dan selagi itulah saya akan mandi dengan sepuas-puasnya....berenang bukannya susah sangat kerana yang penting boleh terapungkan badan lepas tu kuak-kuakkan tangan.....kuak aje lah tangan apa yang ada.....tapi sungai tu memang tempat mandi yang paling disukai oleh kami semua..... Kadang-kadang tu bila sebelah malam kami akan duduk beramai-ramai di atas jambatan sungai itu dengan kain pelikat tutup kepala sambil mencangkung.......... aaaaaahhhhhh.......leeeegggggaaaaanya...........
             Jika musim menanam padi, biasanya kami akan bergotong royong menanam padi menggunakan kuku kambing..... Ahli kariah di Peket 20 ni kebanyakannya orang Banjar dan Jawa..... Kerja gotong-royong ni memang menjadi kebiasaan kami di sini begitu juga jika musim menuai padi..... Kami akan lakukan dengan cara bergili-gilir mengikut padi yang telah sedia untuk dituai....... Di tanah Atuk ada kilang padi jadi semua padi yang telah dituai akan terus dihantar ke kilang untuk menghasilkan beras..... Itu terpulang berapa banyak padi yang mereka nak jual dan yang nak dijadikan beras.....mengikut keperluan masing-masing.....tetapi itulah saat indah yang sentiasa menjadi ingatan dan kenangan ketika saya bersama-sama dengan mereka suatu ketika dulu......
               ......teruskan bersama PE............menziarahi kubur.....

Wednesday 8 June 2011

BALIK KAMPUNG 3

            Setelah sekian lama saya tidak merasai suasana keheningan pagi di kampung.....subuh hari itu saya benar-benar merasainya..... Kedengaran suara azan sambung-menyambung kerana setiap Peket di sini mempunyai surau masing-masing. Surau Peket 20 ni betul-betul berhadapan dengan rumah Atuk saya kerana itulah suara azan benar-benar jelas kedengaran di telinga saya.......dan apabila mendengar saja suara azan itu, saya telah mengenali suara siapakah itu...?..... Suara itulah yang sering saya dengari dari dulu sewaktu saya kecil sehinggalah saya dewasa......dan hari ini suara itu tetap sama kerana azan dilaungkan oleh Atuk..... 
            Syukur kepadaNYA kerana Atuk masih sihat walafiat..... Semoga semua jiran dan seluruh ahli kariah Peket 20 akan terus menghormati Atuk sebagai Ketua Kampung di sini. Mereka yang saya kenal selalu berkata kepada saya agar mencontohi semua sifat dan sikap yang ada pada Atuk kerana bagi mereka Atuk adalah seorang yang digelar "tok sidang yang simple"...... Maksud "tok sidang yang simple" adalah kerana mereka boleh berjumpa atau bertemu dengan Atuk di mana-mana dan bila-bila masa saja kerana Atuk sentiasa membuat rondaan menjaga kawasan dan semua masalah ahli kariah akan cuba Atuk selesaikan..... Saya pun berharap akan mempunyai sifat dan sikap seperti yang mereka maksudkan dan menjadi lebih baik lagi.......
             Setelah selesai sarapan pagi kawan-kawan saya datang untuk membawa saya pergi meronda-ronda kawasan kampung.......pergi ke tempat yang suatu ketika dulu adalah tempat kegemaran kami untuk melepak....... "Nak pergi mandi sungai ke.....?", mereka bertanya....... "boleh juga.....saya pun dah lama tak mandi sungai ni....", balas saya pada mereka tetapi jawapan saya dileteri oleh Opah yang risaukan keadaan diri saya..... "kamu tu boleh berenang lagi ke......?".... Pertanyaan dari Opah membuatkan kami berpandangan antara satu sama lain. "Esok Opah nak buat kenduri doa selamat atau tahlil arwah.....?".... Pertanyaan saya lebih membuatkan Opah berleter..... Ahli keluarga saya yang lain juga ketawa sambil melihat saya berlalu pergi dengan kawan-kawan.....
             Setelah meronda-ronda di seluruh kawasan kampung kami pergi mandi di sungai...... Apa lagi melihat saja sungai kami semua terjun serentak seperti yang kami lakukan dulu...... Kawan-kawan saya terkejut kerana saya masih boleh berenang walaupun keadaan diri saya tidak seperti dulu...... Saya cuba berenang menyeberangi sungai itu dan selepas itu berenang balik 2 atau 3 kali untuk kepastian..... Ternyata saya masih boleh berenang.........hari ini kami mandi di sungai dengan sepuas-puasnya........ Syukur 3x.....
         ....Teruskan bersama PE.......balik kampung 4.....

Monday 6 June 2011

BALIK KAMPUNG 2

            Dalam perjalanan saya terus memikirkan semua persoalan yang mereka tanya tadi mengenai duit pampasan...... Adakah ahli-ahli keluarga saya di rumah Atuk akan bertanya soalan yang sama juga nanti..... Apa saya nak jawab nanti kerana saya pun tidak pernah memikirkannya.....?..... Akibat terlalu memikirkannya saya terus terlena......dan terus lena.....zzzzzz......... "Wah!.... PE tak lama lagi engkau jadi orang kaya le.... senang le hidup engkau.....boleh beli rumah, kereta, boleh le beli macam-macam yang engkau suka..... jika engkau nak khawin pun boleh......orang tak kisah keadaan diri engkau.....asalkan duit banyak....... hahahahaaaaaa.....?....zzzzzzz.........zzzzzzz.....!!
             "PE....PE....PE....bangun.....bangun......dah sampai rumah Atuk ni......". Pak Cik mengejutkan saya setelah sampai ke rumah Atuk..... Agak terkejut saya kerana petang tu begitu ramai sekali ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan saya datang ke rumah Atuk..... Mereka sememangnya menunggu kepulangan saya hari itu. Sekali lagi seperti drama siaran ulangan cuma tempatnya berbeza berulang kembali........ Sambil menangis mereka memeluk saya secara bergilir-gilir.....cuma kali ini saya tidak turut serta menangis.......... mungkin tiada lagi air mata dalam diri saya...... Mereka semua juga bertanya bermacam-macam soalan.....dan seperti yang telah saya duga iaitu mengenai duit pampasan.....?. Banyak le kamu dapat duit pampasan PE......kerana tangan kanan kamu yang kena potong.....tangan kanan mahal tau......?. Ayat-ayat seperti dalam mimpi yang saya alami sewaktu dalam perjalanan pulang tadi benar-benar menjadi kenyataan...........            
              Kata-kata mereka benar-benar menambahkan kesedihan dihati dan perasaan saya.....walaupun tiada lagi air mata untuk saya bersedih tetapi kali ini saya benar-benar sedih....... Apakah selama ini mereka memberi dan menunjukkan kasih sayang kepada saya hanya kerana saya akan mendapat banyak duit.....atau adakah semua yang mereka lakukan mempunyai maksud atau sebab-sebab yang tertentu.....?..... Saya sangat berharap agar mereka tidak begitu.....kerana saya sendiripun tidak tau langsung mengenai duit pampasan itu....? Berapa saya dapat......? Bila saya dapat pun saya tak tau......?.... Saya belum mula bekerja lagi..... laporan polis pun belum saya buat dan laporan perubatan pun belum siap..... kerana itulah saya jelaskan kepada mereka bahawa saya masih belum menerima duit pampasan itu lagi...... Semoga dengan penjelasan saya ini, mereka semuanya mengerti dan memahami diri saya..... Ahli keluarga saya begitu memahami tetapi hanya mereka yang tidak berkaitan sahaja yang suka bertanya mengenai soalan tersebut........ Apa pun mereka berhak untuk bertanya dan saya juga akan cuba untuk memahami mereka........?....
              Teruskan bersama PE........balik kampung 3.....
           
        

Saturday 4 June 2011

BALIK KAMPUNG

            Setelah dibenarkan bercuti selama 2 minggu untuk berehat sambil cuba membiasakan diri dengan keadaan sekeliling kesempatan ini saya ambil untuk balik kampung.......tak sabar rasanya nak balik ke kampung Peket 20....... Atuk pesan bila dah keluar nanti balik kampung dulu untuk buat kenduri doa selamat........ Dalam perjalanan pulang saya singgah dulu untuk berjumpa ahli-ahli keluarga ibu saya di Sungai Serdang, Kapar terutama ke rumah Pak Ulong.......satu-satunya abang ibu saya yang masih ada....... Melihat saja saya, semua ahli keluarga yang ada menangis......mereka memeluk-meluk saya sambil menangis......saya cuba tahan air mata ini daripada mengalir.......tapi apakan daya.......kesedihan tak mampu saya sembunyikan lagi.........
         Setelah melihat keadaan reda.....saya cuba bertanya kepada mereka jika ada sesiapa yang tahu di mana kubur arwah ibu saya tetapi tiada sesiapa pun yang tahu kerana tanah kubur di sana tidak terurus susunan kedudukannya........ Jadi peluang saya untuk menziarahi kubur arwah ibu saya tidak kesampaian....... Sekali lagi sebak pilu begitu terasa di hati ini.......dah le dari kecil saya tidak pernah merasai kasih sayang daripada seorang ibu.......dan sehingga kini saya tidak pernah tau di mana kubur arwah ibu saya....... Semoga doa untuk arwah ibu saya di setiap waktu selepas solat akan diterima olehNYA.....Amin
             Semua ahli keluarga yang ada mengajak saya untuk makan tengah hari bersama-sama dengan mereka......hari ini Mak Ulong masak makanan kegemaran saya iaitu gulai siput sedut......ramai juga ahli-ahli keluarga sebelah ibu saya yang datang setelah mereka tahu kedatangan saya ke sini..... Macam-macam soalan yang saya kena jawab......dan yang paling tidak pernah saya fikirkan.......agak-agak berapa banyak duit pampasan yang akan kamu dapat nanti......?. Duit pampasan......inilah soalan cepu mas yang paling banyak ditanya kepada saya....... Setelah selesai makan tengah hari dan solat zohor, saya meminta diri untuk meneruskan perjalanan balik ke kampung....... Apakah reaksi mereka di sana pula......?. Apakah sama dengan apa yang sedang saya fikirkan.....?...atau apakah sama dengan apa yang sedang ANDA fikirkan......?.....Teruskan bersama PE......dalam balik kampung 2......

Thursday 2 June 2011

ULANG TAHUN KE 28

             Sempena ulangtahun ke 28 kecacatan saya.....ingin saya berkongsi satu kisah benar yang boleh dijadikan contoh serta tauladan sebagai ikhtibar untuk renungan kita bersama......
             Saya mengenali seorang Pak Cik yang mana dia seorang pesara kerajaan. Dari gayanya tentu dia memegang jawatan yang tinggi sebelum dia bersara. Setiap kali bertemu dengan saya....dia akan cuba mengelak daripada bertembung, berselisih atau bercakap dengan saya. Mungkin keadaan diri saya ini yang tidak disukai oleh Pak Cik itu..... Bagaimanapun saya tak kisah kerana saya sudah biasa dengan pandangan sinis orang lain terhadap diri saya......saya jumpa Pak Cik ini pun bukannya selalu.....mungkin beliau datang ke sini menziarahi ahli keluarganya atau ada urusan lain yang saya pun tak tahu..... Kesempatan untuk saya bertanya pun tidak ada kerana beliau memang tak mahu bersembang dengan saya......
              Setelah beberapa tahun berlalu......suatu hari saya bertemu dengan Pak Cik itu dalam keadaan beliau telah menggunakan kerusi roda.......dengan sedih serta dalam tangisan beliau bertemu dengan saya untuk memohon kemaafan..... sambil menceritakan ......."dulu beliau tidak suka dengan saya kerana saya cacat.... dan sekarang beliau telah kehilangan kedua-dua belah kakinya yang telah dipotong akibat kencing manis...... Mungkin akibat menghina insan yang cacat itulah.......Allah s.w.t telah menginsafkan beliau.....dengan apa yang telah beliau lalui sekarang ini"........ Dalam tangisan beliau berkata....."walaupun awak cacat tapi awak masih boleh berjalan.....kemana-mana saja awak boleh pergi......sedangkan saya tidak boleh kemana-mana melainkan dibantu oleh orang lain jika ingin pergi kemana-mana atau melakukan sesuatu untuk bergerak......".
               "Pak Cik......semua insan sama saja di mata Allah s.w.t......hanya manusia yang membeza-bezakan pandangan mereka.....bersyukurlah kepadaNYA kerana hanya anggota kaki Pak Cik saja yang di ambil..... bagaimana jika nyawa Pak Cik yang diambil......sedangkan Pak Cik belum sempat memohon keampunan daripadaNYA............mohonlah keampunan Pak Cik.....saya sentiasa memaafkan Pak Cik....dan......semoga Allah s.w.t sentiasa mengampunkan umatNYA........" Amin.
                 Selepas peristiwa itu hubungan saya dengan keluarga Pak Cik itu menjadi rapat......sehingga lah beliau meninggal dunia......beliau seorang yang baik hati tetapi tegas dalam setiap kehidupan yang beliau lalui..... Rupa-rupanya beliau adalah bekas Pengetua di Sek.......Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.........Al-Fatihah