Saturday 11 June 2011

BALIK KAMPUNG 4

            "Tak percaya....tak percaya....tak percaya.....kami tak percaya le Opah"....."Betul Opah.....dia boleh berenang....." Cerita mereka pada Opah bahawa saya boleh berenang kat sungai tu..... Sungai itu memang tempat yang paling sesuai kepada sesiapa sahaja yang suka mandi sungai. Jika musim tanam padi, sungai itu akan menjadi sungai air tawar.... Masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk menjala atau memancing ikan seperti ikan haruan, keli, sepat, puyu, udang galah dan lain-lain dan akan menjadi hidangan lauk ikan air tawar yang paling digemari oleh kami semua......
             Tetapi jika musim menuai padi, sungai itu akan menjadi kering dan jika air laut pasang, sungai itu akan menjadi sungai air masin kerana sungai itu di muaranya adalah laut.... Masa ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk menjala atau memancing ikan seperti ikan sembilang, kembung, belanak, udang dan lain-lain yang amat mudah di dapati.... Masa itulah jika air laut surut.....ikan belacak akan menjadi mangsa tembakan lastik kami....kerana itulah masa dulu aktiviti kami sentiasa ada.........
             Sekarang adalah musim menanam padi.....air sungai sentiasa penuh dan selagi itulah saya akan mandi dengan sepuas-puasnya....berenang bukannya susah sangat kerana yang penting boleh terapungkan badan lepas tu kuak-kuakkan tangan.....kuak aje lah tangan apa yang ada.....tapi sungai tu memang tempat mandi yang paling disukai oleh kami semua..... Kadang-kadang tu bila sebelah malam kami akan duduk beramai-ramai di atas jambatan sungai itu dengan kain pelikat tutup kepala sambil mencangkung.......... aaaaaahhhhhh.......leeeegggggaaaaanya...........
             Jika musim menanam padi, biasanya kami akan bergotong royong menanam padi menggunakan kuku kambing..... Ahli kariah di Peket 20 ni kebanyakannya orang Banjar dan Jawa..... Kerja gotong-royong ni memang menjadi kebiasaan kami di sini begitu juga jika musim menuai padi..... Kami akan lakukan dengan cara bergili-gilir mengikut padi yang telah sedia untuk dituai....... Di tanah Atuk ada kilang padi jadi semua padi yang telah dituai akan terus dihantar ke kilang untuk menghasilkan beras..... Itu terpulang berapa banyak padi yang mereka nak jual dan yang nak dijadikan beras.....mengikut keperluan masing-masing.....tetapi itulah saat indah yang sentiasa menjadi ingatan dan kenangan ketika saya bersama-sama dengan mereka suatu ketika dulu......
               ......teruskan bersama PE............menziarahi kubur.....

No comments:

Post a Comment