Wednesday 8 June 2011

BALIK KAMPUNG 3

            Setelah sekian lama saya tidak merasai suasana keheningan pagi di kampung.....subuh hari itu saya benar-benar merasainya..... Kedengaran suara azan sambung-menyambung kerana setiap Peket di sini mempunyai surau masing-masing. Surau Peket 20 ni betul-betul berhadapan dengan rumah Atuk saya kerana itulah suara azan benar-benar jelas kedengaran di telinga saya.......dan apabila mendengar saja suara azan itu, saya telah mengenali suara siapakah itu...?..... Suara itulah yang sering saya dengari dari dulu sewaktu saya kecil sehinggalah saya dewasa......dan hari ini suara itu tetap sama kerana azan dilaungkan oleh Atuk..... 
            Syukur kepadaNYA kerana Atuk masih sihat walafiat..... Semoga semua jiran dan seluruh ahli kariah Peket 20 akan terus menghormati Atuk sebagai Ketua Kampung di sini. Mereka yang saya kenal selalu berkata kepada saya agar mencontohi semua sifat dan sikap yang ada pada Atuk kerana bagi mereka Atuk adalah seorang yang digelar "tok sidang yang simple"...... Maksud "tok sidang yang simple" adalah kerana mereka boleh berjumpa atau bertemu dengan Atuk di mana-mana dan bila-bila masa saja kerana Atuk sentiasa membuat rondaan menjaga kawasan dan semua masalah ahli kariah akan cuba Atuk selesaikan..... Saya pun berharap akan mempunyai sifat dan sikap seperti yang mereka maksudkan dan menjadi lebih baik lagi.......
             Setelah selesai sarapan pagi kawan-kawan saya datang untuk membawa saya pergi meronda-ronda kawasan kampung.......pergi ke tempat yang suatu ketika dulu adalah tempat kegemaran kami untuk melepak....... "Nak pergi mandi sungai ke.....?", mereka bertanya....... "boleh juga.....saya pun dah lama tak mandi sungai ni....", balas saya pada mereka tetapi jawapan saya dileteri oleh Opah yang risaukan keadaan diri saya..... "kamu tu boleh berenang lagi ke......?".... Pertanyaan dari Opah membuatkan kami berpandangan antara satu sama lain. "Esok Opah nak buat kenduri doa selamat atau tahlil arwah.....?".... Pertanyaan saya lebih membuatkan Opah berleter..... Ahli keluarga saya yang lain juga ketawa sambil melihat saya berlalu pergi dengan kawan-kawan.....
             Setelah meronda-ronda di seluruh kawasan kampung kami pergi mandi di sungai...... Apa lagi melihat saja sungai kami semua terjun serentak seperti yang kami lakukan dulu...... Kawan-kawan saya terkejut kerana saya masih boleh berenang walaupun keadaan diri saya tidak seperti dulu...... Saya cuba berenang menyeberangi sungai itu dan selepas itu berenang balik 2 atau 3 kali untuk kepastian..... Ternyata saya masih boleh berenang.........hari ini kami mandi di sungai dengan sepuas-puasnya........ Syukur 3x.....
         ....Teruskan bersama PE.......balik kampung 4.....

No comments:

Post a Comment