Wednesday 15 June 2011

MENZIARAHI KUBUR

            Dalam kisah yang lepas saya pernah bertanya.....Agak-agaknya bagaimana rasanya hati dan perasaan anda jika telah mempunyai kubur sebahagian daripada tubuh anda sendiri......?. Pernahkah anda memikirkan atau pernahkah anda mendengar kisah ini daripada insan lain yang mungkin kisahnya hampir sama dengan nasib saya.....?. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t jika anda atau ahli keluarga anda belum pernah mengalami kisah seperti saya ini kerana di sepanjang kehidupan saya......bayang-bayang kehilangan tangan kanan itu sentiasa ada walau di mana saya berada atau setiap detik masa berlalu pergerakan urat-urat yang putus itu boleh saya rasakan.....seolah-olah ia mencari di mana dan ke mana perginya hujung jari-jemari yang lima itu.......?.
             Hari ini saya akan pergi menziarahi kubur tangan kanan saya........ Kali ini saya terpaksa menunggu kedatangan Abah untuk mengambil saya pergi......kerana kubur tu Abah saja yang tahu di mana tempatnya.... Abah saya menetap di Sungai Haji Durani bersama emak tiri saya serta 4 orang anak mereka..... Saya tidak menetap bersama Abah saya kerana tidak mahu menganggu keharmonian rumah tangga Abah..... Lagipun saya lebih selesa tinggal bersama dengan Atuk, Opah, Kakak dan Mak cik di rumah Atuk..... Mungkin kerana itu jugalah hubungan antara saya dan abah tidak begitu rapat atau mesra seperti anak beranak......  
             Setiap kali pergi ke surau, apabila mendengar ceramah daripada Ustaz atau Ustazah yang sering mengingatkan para jemaah......"hormatilah serta jagalah hati dan perasaan kedua ibu bapa kamu"....... saya akan berasa sedih dan air mata tangisan dapat saya rasai secara perlahan-lahan kerana saya berasa serba salah atau berdosa...... Perasaan ini sentiasa menyelubungi diri saya kerana saya tidak pernah menerima atau langsung tidak pernah merasakan wujudnya kasih sayang mereka terhadap diri saya...... "ketiadaan" itulah yang sering menjadikan saya insan yang tandus dengan kasih sayang daripada seorang bapa jauh sekali daripada seorang ibu.......
              Dari dulu lagi kehadiran saya seperti tidak wujud di mata mereka......... Saya pun tak tahu apakah kesalahan saya di mata mereka....... Mungkin mereka malu dengan keadaan diri saya ini.......?...Jika ada kesalahan saya......saya mohon keampunan daripada abah sekeluarga........... Semoga Allah s.w.t akan mengampunkan segala dosa-dosa saya dan kedua ibubapa saya serta semua ahli keluarga saya yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia........Amin
             Mungkin ada yang berfikir itu hanya perasaan saya saja kerana kebanyakan insan seperti saya amat mudah tersentuh hati dan perasaan mereka....... Itu memang benar dan tidak sekali-kali saya nafikan......?. Tetapi cubalah anda bayangkan menjadi seperti saya........dan lalui cara kehidupan saya apabila berhadapan dengan situasi yang sebenarnya....... Saya bagi satu contoh......"jika ada tetamu datang ke rumah.......semua ahli keluarga diperkenalkan kepada tetamu itu kecuali........kecuali saya seorang saja yang tidak  diperkenalkan....".  Mengapa dan apakah alasannya.........?. Adakah malu untuk memperkenalkan saya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dengan alasan kerana keadaan diri saya seperti ini.......?...... Dan saya paparkan ini semata-mata ingin berkongsi kisah benar dan pengalaman saya sebagai renungan untuk kita bersama........ Inilah contoh realiti kehidupan yang terpaksa saya lalui dari dulu.........seterusnya..........sehingga kini........
              Sementara menunggu abah datang saya lepak dulu di bawah rumah atuk....... Rumah atuk ini, tiangnya tinggi dan di sekeliling rumah atuk banyak pokok mangga....... Jadi saya pun membentangkan tikar sambil membaca buku....... Kat bawah rumah atuk ni jika lepak pasti terlena kerana tiupan angin di sekeliling sawah padi begitu nyaman sekali........ pemandangan kehijauan sawah padi sentiasa melenakan diri ini..........
               ............teruskan bersama PE........menziarahi kubur 2...........

1 comment:

  1. La....buat suspen aje ingatkan betoi rupanya mimpi....kantoi....kantoi

    ReplyDelete