Thursday 2 June 2011

ULANG TAHUN KE 28

             Sempena ulangtahun ke 28 kecacatan saya.....ingin saya berkongsi satu kisah benar yang boleh dijadikan contoh serta tauladan sebagai ikhtibar untuk renungan kita bersama......
             Saya mengenali seorang Pak Cik yang mana dia seorang pesara kerajaan. Dari gayanya tentu dia memegang jawatan yang tinggi sebelum dia bersara. Setiap kali bertemu dengan saya....dia akan cuba mengelak daripada bertembung, berselisih atau bercakap dengan saya. Mungkin keadaan diri saya ini yang tidak disukai oleh Pak Cik itu..... Bagaimanapun saya tak kisah kerana saya sudah biasa dengan pandangan sinis orang lain terhadap diri saya......saya jumpa Pak Cik ini pun bukannya selalu.....mungkin beliau datang ke sini menziarahi ahli keluarganya atau ada urusan lain yang saya pun tak tahu..... Kesempatan untuk saya bertanya pun tidak ada kerana beliau memang tak mahu bersembang dengan saya......
              Setelah beberapa tahun berlalu......suatu hari saya bertemu dengan Pak Cik itu dalam keadaan beliau telah menggunakan kerusi roda.......dengan sedih serta dalam tangisan beliau bertemu dengan saya untuk memohon kemaafan..... sambil menceritakan ......."dulu beliau tidak suka dengan saya kerana saya cacat.... dan sekarang beliau telah kehilangan kedua-dua belah kakinya yang telah dipotong akibat kencing manis...... Mungkin akibat menghina insan yang cacat itulah.......Allah s.w.t telah menginsafkan beliau.....dengan apa yang telah beliau lalui sekarang ini"........ Dalam tangisan beliau berkata....."walaupun awak cacat tapi awak masih boleh berjalan.....kemana-mana saja awak boleh pergi......sedangkan saya tidak boleh kemana-mana melainkan dibantu oleh orang lain jika ingin pergi kemana-mana atau melakukan sesuatu untuk bergerak......".
               "Pak Cik......semua insan sama saja di mata Allah s.w.t......hanya manusia yang membeza-bezakan pandangan mereka.....bersyukurlah kepadaNYA kerana hanya anggota kaki Pak Cik saja yang di ambil..... bagaimana jika nyawa Pak Cik yang diambil......sedangkan Pak Cik belum sempat memohon keampunan daripadaNYA............mohonlah keampunan Pak Cik.....saya sentiasa memaafkan Pak Cik....dan......semoga Allah s.w.t sentiasa mengampunkan umatNYA........" Amin.
                 Selepas peristiwa itu hubungan saya dengan keluarga Pak Cik itu menjadi rapat......sehingga lah beliau meninggal dunia......beliau seorang yang baik hati tetapi tegas dalam setiap kehidupan yang beliau lalui..... Rupa-rupanya beliau adalah bekas Pengetua di Sek.......Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.........Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment