Friday 1 April 2011

AKU DI PPUM 3

         Sedar tak sedar dah 3 minggu saya berada Wad Ortho 1, di PPUM. Antara saya dan petugas-petugas di wad ini semakin mesra kami rasakan. Mereka sering nasihatkan saya jika nak cepat sembuh rajin-rajin le makan ubat. Walaupun setiap hari saya makan sup ikan haruan tetapi luka di tangan kanan saya masih belum sembuh sepenuhnya.
         Minggu depan pada 28/06/1983 doktor kata saya akan menjalani satu pembedahan mengambil kulit di peha kanan untuk di tampal pada luka di tangan kanan saya. Saya mengikut saja apa kata doktor kerana setakat ini mereka amat mengambil berat tentang diri saya selain sesi kaunseling yang diberikan setiap hari. Saya juga telah di ajar menulis mengunakan tangan kiri...mula-mula tulis tu rasa macam tulisan tamil le pulak...Makan, minum atau apa saja sekarang saya terpaksa menggunakan tangan kiri.......kekok juga rasanya.
          Semasa di sekolah menengah dulu pencapaian tertinggi tangan kanan saya ialah apabila menduduki tempat ketiga pertandingan tulisan jawi di peringkat sekolah-sekolah menengah. Masa tu siap tunjuk dengan Atuk kejayaan saya yang disiarkan dalam majalah sekolah. Hadiahnya dapat RM30.00 berserta dengan sijil. Memang diakui tulisan rumi dan jawi saya boleh dibanggakan semasa di sekolah menengah dulu....sekarang semuanya tinggal kenangan....saya akan belajar menggunakan tangan kiri saja.
          Majikan saya ada memberi kertas A4 untuk saya guna semasa belajar menulis kerana bila dah keluar hospital nanti saya akan bekerja di pejabat. Majikan, rakan-rakan sekerja serta ahli-ahli keluarga banyak membantu saya untuk belajar....kadang-kadang tu ada juga yang tidak saya kenali datang melawat saya untuk memberikan kata-kata semangat kepada saya.
          Menurut kawan saya....kejadian yang menimpa saya pada hari tu...keluar dalam suratkhabar...mungkin mereka baca dan datang melawat saya...terharu juga saya dengan kehadiran mereka yang tidak dikenali dan terima kasih daripada saya untuk mereka dan saya tidak akan lupa jasa mereka sepanjang mereka mengenali diri saya. Tapi yang pasti kehadiran saya di Wad Ortho 1 waktu itu amat memberi kesan di hati saya untuk mengenali mereka yang telah memberikan dorongan serta kata-kata semangat agar saya tidak berputus asa serta tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup ini.................
          Saya tak tau di mana air mata saya mengalir keluar kerana saya bukanlah seorang yang mudah menangis...walaupun sebenarnya saya "hanya senyum dalam tangisan". Semuanya saya sembunyikan dalam ketawa, gurau senda saya terhadap mereka...hakikatnya hanya Allah s.w.t yang tahu bagaimana hati dan perasaan saya...semoga mereka semua yang mengenali saya waktu tu dilindungi dan dirahmati oleh Allah s.w.t sentiasa.....dan kepada yang telah tiada....Al-Fatihah seikhlas nya daripada saya......Amin





No comments:

Post a Comment