Wednesday 6 April 2011

JANTUNGKU DI SEBELAH KANAN ?

          Persoalan mengapa saya menjalani pembedahan yang lama semalam terjawab apabila beberapa orang doktor pakar berjumpa dengan saya untuk memberi penjelasan tentang pertanyaan saya semalam. Semasa pembedahan semalam saya hampir-hampir meninggal dunia apabila beberapa alat bantuan pernafasan dan alat-alat yang di pasang di badan saya menjadi seperti tidak normal dalam bacaan denyutan jantung saya. Semua kesilapan itu terjadi apabila doktor pakar mengesahkan bahawa kedudukan jantung saya terbalik. Individu yang normal, jantungnya di sebelah kiri sedangkan kedudukan jantung saya di sebelah kanan. Sebab itulah masalah komplikasi berlaku sewaktu pembedahan sedang dijalankan dan akibatnya denyutan jantung saya menjadi semakin lemah kerana saluran oksigen tidak betul-betul saya terima untuk bernafas...........
          Bermula pada hari itu saya amat diberikan perhatian oleh pihak hospital. Setiap masa ada saja doktor pakar atau pelatih yang akan datang untuk membuat pemeriksaan mengenai kes yang jarang ditemui ini. Cerita mengenai kedudukan jantung saya menjadi topik hangat di Wad Ortho 1 pada masa tu sehinggakan ada pihak penyiaran yang datang untuk membuat temuramah tetapi saya menolak. Kalau tidak dah "glamour" saya pada hari itu, satu Malaysia tau kalau dah masuk TV........Bagaimanapun saya memohon pihak hospital agar maklumat peribadi saya dirahsiakan. Walaupun saya minta maklumat ini dirahsiakan tetapi di kalangan doktor-doktor pakar dan pelatih mereka amat memerlukan kerjasama saya agar dapat membantu mereka memberi maklumat dan menjawab beberapa soalan kaji selidik yang diberikan kepada saya. Menurut mereka, kes seumpama ini 1 dalam sejuta orang. Wallahualam.......Apapun yang ALLAH s.w.t jadikan terhadap diri saya.......saya terima dengan seadanya...............
         Tetapi mengapa pula pembedahan pertama saya tidak menghadapi sebarang masalah?. Mungkinkah jantung saya menjadi terbalik semasa saya ditimpa kemalangan yang menyebabkan kehilangan tangan kanan saya?. Semua persoalan ini saya ajukan untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya daripada pihak hospital.......?????. Ikutilah kisah benar kehidupan saya ini pada cerita yang akan datang........anda akan temui jawapannya......????.

No comments:

Post a Comment