Saturday 2 April 2011

AKU DI PPUM 4

          Setelah diberitahu esok pagi saya akan menjalani pembedahan. Malam tu Nurse telah berpesan agar saya berpuasa kerana keesokkan hari nya saya akan menjalani pembedahan. Entah kenapa di keheningan subuh pagi itu hati saya terasa begitu sayu....selepas solat subuh saya terus berdoa semoga semasa pembedahan saya nanti tidak menghadapi sebarang masalah...kali ini debaran di hati saya amat berlainan sekali....
          Pagi tu saya telah diberi taklimat bahawa doktor akan mengambil kulit peha kaki sebelah kanan untuk ditampal di luka tangan kanan saya. Sebelum pergi ke bilik bedah saya telah di beri kaunseling....tepat jam 9 pagi saya telah di usung ke dewan bilik bedah....sambil bersembang dengan saya mereka memasang alat bantuan pernafasan serta alat-alat lain yang saya pun tak tau....makin lama bersembang...makin saya dengar suara-suara mereka semakin jauh dan semakin jauh...dan saya semakin lena...dan terus lena.............
          Tak pasti berapa jam saya menjalani pembedahan kerana buka mata saja malam tu saya dah berada di atas katil. Bila sedar saya tanya Nurse..."kenapa lama sangat saya di bilik bedah ?". Tapi Nurse tersebut hanya berkata, "Saya tak tau nanti tanyalah doktor". Hari tu saya tak dapat jumpa sesiapa dan saya pun tak tau siapa yang datang siang tadi untuk melawat saya.
          Lebih kurang jam 10 malam...saya dengar ada suara memanggil saya berulang kali...rupa-rupanya Pengurus tempat kerja saya datang menghantar makanan kepada saya. Dulu Wad Ortho 1 PPUM di bangunan bawah....sekarang ini ia telah menjadi Wad Bersalin. Saya berada di bilik bawah sekali betul-betul berhampiran dengan tempat letak kereta...jadi mudahlah Pengurus tempat kerja saya datang walaupun hari dah lewat malam. Pengurus tempat kerja yang datang ni 2 beradik iaitu Sum Chin Lam dan Sum Chin Seng atau lebih mesra dipanggil "taiko" oleh saya. Mereka ni amat mengambil berat tentang diri saya...dengan makanan yang mereka bawa malam tu...dapat lah saya makan nasi. Siang tadi mereka datang tetapi tak dapat jumpa saya....jadi malam ni mereka terjah aje datang bawa makanan.
         Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan...setelah kekenyangan malam tu saya tak dapat tidur...terkebil-kebil mata saya...lama-lama saya makan ubat tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit selepas pembedahan tadi. Saya masih tertanya-tanya mengapa pembedahan yang saya lalui siang tadi mengambil masa begitu lama...?. Semakin lama saya memikirkan semakin banyak andaian yang saya fikirkan....hingga saya tertidur dengan membawa bermacam-macam persoalan..........zzzzzzzzz...???

No comments:

Post a Comment