Saturday 9 April 2011

JANTUNGKU DI SEBELAH KANAN 2 ?

          Setelah tersebarnya berita mengenai kedudukan jantung saya yang terbalik.........setiap hari ada saja doktor-doktor pakar, pelatih dan petugas-petugas hospital yang ingin mengenali saya secara dekat....begitu juga dengan ahli-ahli keluarga pesakit-pesakit lain yang berada di Wad Ortho 1 pada masa tu....."mulut tempayan boleh le di tutup, inikan pula mulut manusia"....Saya sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t pada masa tu....sekurang-kurangnya mereka mengambil berat terhadap diri saya dan pada waktu yang sama saya juga dapat melupakan sejenak kesakitan di tangan kanan dan peha di kaki kanan saya.....juga sakit setelah di ambil kulit nya....jika dalam tempoh 2 minggu luka di tangan kanan saya tidak betul-betul sembuh....doktor kata pihak hospital akan mengambil kulit di peha sebelah kiri pula untuk di tampal pada luka di tangan kanan saya. Tangan kanan saya di potong hingga ke paras siku tetapi di bahagian atas sebelahnya luka yang agak besar juga sebab itulah pihak hospital cuba menampalnya dengan mengambil sebahagian kulit daripada kedua-dua peha saya.........mengikut kata doktor pihak hospital nak ambil kulit serta daging di bahagian punggung.....tetapi saya tidak mengizinkan.....
          Setelah 2 minggu berlalu, luka di tangan kanan saya masih tidak menampakkan pembentukan seperti yang di harapkan iaitu pencantuman antara kulit peha dengan luka di tangan kanan saya.....akhirnya sekali lagi pada 08/07/1983 pihak hospital telah menetapkan tarikh pembedahan saya buat kali yang ketiga dengan mengambil kulit di peha kiri pula.....kali ini pembedahan yang saya lalui berlalu tanpa sebarang masalah dan tidak mengambil tempoh masa yang panjang.....petang tu saya bersyukur apabila membuka mata ramai ahli-ahli keluarga, kawan-kawan di tempat kerja dan insan-insan lain yang datang menziarah saya selepas pembedahan.
          Melihat wajah-wajah sayu mereka yang ada.... terasa sungguh diri ini disayangi serta sikap mengambil berat mereka terhadap diri saya.....apa yang pasti mereka sentiasa terus memberi semangat..... walaupun saya tahu mereka juga menyembunyikan kesedihan apabila melihat keadaan diri saya. Saya juga cuba menyembunyi kesedihan yang ada di dalam diri ini kerana "....apa yang mereka tengok....adalah tidak sama dengan yang menengok...kerana yang menengok akan sentiasa merasai kesedihannya dari dulu.....kini......dan selama-lamanya....".

No comments:

Post a Comment