Wednesday 6 July 2011

KENDURI 2

            Hasrat Atuk dan Opah untuk melihat anak-anak mereka pulang ke kampung sewaktu kenduri pada kali ini menjadi kenyataan apabila semua anak-anak Atuk dan Opah telah sampai ke kampung seorang demi seorang..... Semakin riuh rendahlah rumah kerana kepulangan anak-anak dan cucu-cucu Opah. Bukan senang untuk mengumpulkan semua anak-anak Opah kerana mereka semua tinggal jauh serta mempunyai kerjaya masing-masing...... Saya amat rapat dengan kesemua anak-anak Opah kerana itulah apabila sesuatu perkara berlaku kepada diri saya........mereka semua begitu mengambil berat......
            Setiap kali musim cuti sekolah Atuk dan Opah sering membawa saya pergi ke rumah anak-anak mereka mengikut giliran, terpulanglah ke rumah mana Atuk dan Opah hendak pergi......tetapi selalunya kami akan pergi ke Kem Askar Kluang, Johor kerana anak Opah iaitu Encik tinggal di sana kerana suaminya seorang anggota tentera........ Kebiasaannya Atuk akan menyewa teksi ke Stesyen Keretapi Kuala Lumpur....... Selepas itu kami akan naik keretapi menuju ke Kluang...... Apabila sampai di sana suami Encik, Othman bin Ilal akan menjemput kami dengan menaiki trak askar....... Inilah saat yang paling seronok kerana saya dapat menaiki trak askar....... Tetapi bukan semua orang boleh menaiki trak askar ini kerana ianya khas untuk ahli keluarga kepada anggota tentera yang berpangkat pegawai sahaja....... Begitulah rutin setiap kali kami menjejakkan kaki ke Kem Askar Kluang, Johor.......
            Pada masa dulu jika ada anak atau menantu seorang askar pastinya kedua-dua orang tua akan merasa bangga.......mungkin kerana itulah Atuk dan Opah lebih kerap pergi ke Kluang, Johor....... Saya tak kisahkan semua itu kerana apa yang penting saya dapat pergi berjalan........ Jika saya dapat tahu Atuk dan Opah nak pergi berjalan ke rumah anak-anaknya pasti keesokan harinya saya tak nak pergi ke sekolah kerana takut akan ditinggalkan oleh Atuk dan Opah....... Lebih kerap Atuk dan Opah berjalan akan lebih kerap le juga saya akan ponteng sekolah........
            Apabila semua telah berkumpul bermacam-macamlah cerita yang ada.......kat rumah ni yang mulut diam cuma Atuk saja kerana memang begitu sikap Atuk yang tak banyak cakap....... Tetapi yang lain ada saja perkara yang ingin diceritakan...... Perkara yang paling banyak dibicarakan ialah mengenai diri saya yang mana masing-masing memberi cadangan samada saya perlu terus bekerja di tempat saya ditimpa kemalangan atau saya pergi ke sekolah pemulihan khas agar saya boleh belajar mengikut bidang yang sesuai untuk saya pelajari.......?. Semua cadangan mereka itu ada pro dan kontranya......... Akhirnya mereka semua menyerahkan keputusan kepada saya mengikut apa yang paling sesuai dengan keadaan diri saya........
            Bagaimanapun abah saya akan pergi berjumpa dengan majikan saya untuk membincangkan bagaimana dengan masa depan saya di tempat saya bekerja di masa-masa yang akan datang...... Jika perlu abah akan pergi membuat perjanjian dengan membawa seorang kawan abah sebagai saksi ketika membuat perjanjian itu nanti....... Saya mengikut sahaja cadangan daripada abah jika ianya memang baik demi masa depan saya nanti........ Saya pun risau juga jika akan diberhentikan kerja oleh majikan saya........ Kerisauan ini saya nyatakan kerana saya bukanlah seorang yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan adakah saya mampu menjalankan kerja atau tugas yang diberikan itu nanti....... Ini kerana saya bekerja di Syarikat 100% dimiliki oleh bangsa Cina........ Bagaimana jika prestasi kerja saya tidak baik dan saya tidak diperlukan lagi di Syarikat ini.......tentulah saya akan menghadapi kesusahan untuk mencari kerja di tempat lain....... Semua itu akan menambahkan lagi kerisauan di hati dan perasaan saya........ Apa yang akan saya lakukan jika ianya benar-benar terjadi terhadap diri saya.........?.
             Setelah melihat saya menjadi risau........abah dan ahli keluarga yang lain memberi kata-kata semangat agar saya jangan susah hati kerana apa yang penting ialah keyakinan diri saya untuk menghadapi semuanya itu.........dan mereka yakin saya mampu menjadi seorang pekerja yang baik dan cemerlang....... Begitulah harapan saya setelah mendapat kata-kata semangat dan doa daripada semua ahli keluarga yang ada......... "Dah jangan susah hati kerana Allah s.w.t akan sentiasa ada menjaga setiap umatNYA........yang penting sentiasa ingat dan turuti segala suruhanNYA............", bisik Atuk ke telinga saya.........
              .............teruskan bersama PE...............kenduri 3...........

No comments:

Post a Comment