Hari demi hari rutin perjalanan hidup saya di Wad Ortho 1, PPUM ini semakin memberi keyakinan bagi diri saya apabila keluar tidak lama lagi. Setiap hari mereka akan memberi kata-kata semangat agar saya dapat menghilangkan rasa malu apabila berhadapan dengan masyarakat di sekeliling nanti. Paling yang akan saya rasa ialah apabila keupayaan yang ada dalam diri saya tidak lagi seperti dulu......Keseronokan masa lalu semasa di kampung tidak akan saya rasai lagi seperti menunggang motor, menjala ikan, melastik burung, gotong-royong menanam padi dan yang paling seronok menggunakan senapang patah Atuk semasa pergi memburu......
Pernah terjadi peristiwa saya berkelahi dengan seorang dari kampung peket 60....yang mana saya membawa senapang patah Atuk untuk mengejar dan menembak orang itu di sawah padi berhampiran rumah Atuk.....Nasib baik orang itu sempat lari.....jika tidak tak tau le apa yang terjadi......Atuk kata "saya ni panas baran....asyik nak berkelahi aje....". "Samseng peket 20 kata Atuk....". Agaknya sebab itulah Allah s.w.t ambil balik tangan kanan saya....jika tidak tentu saya akan jadi samseng tempat lain pulak.....Suratan atau kebetulan hanya Allah s.w.t saja yang maha mengetahui di sebalik semua kejadian yang menimpa setiap umatNYA.
Disamping memberi kaunseling, pihak hospital juga telah menguruskan untuk membuat tangan palsu untuk saya....semua ukuran dan sampel warna telah diambil....tak lama lagi saya akan mempunyai tangan kanan palsu. Saya tak pasti adakah tangan palsu itu nanti akan serupa dengan tangan kanan yang telah kudung....seperti kata doktor "sekurang-kurangnya boleh mengurangkan perasaan malu saya apabila memakainya....". Fungsi kegunaannya saya tak pasti setakat mana....adakah ianya benar-benar membantu saya dalam menjalani kehidupan seharian atau akan menyusahkan pergerakan rutin seharian kehidupan saya dengan menggunakan tangan kanan palsu itu nanti..... Ikuti sambungan kisah ini dalam coretan saya dengan tajuk......."tangan kanan palsuku".
Monday, 18 April 2011
Thursday, 14 April 2011
GAMBAR ATUK DAN OPAH
AL-FATIHAH
GAMBAR ATUK DAN OPAH KESAYANGANKU
"KASIH SAYANG MEREKA AMAT KU HARGAI"
ALMAHRUM SIDANG MAT ULU BIN MONTEL ( A.M.N )
MENINGGAL DUNIA PADA 1985
ALMARHUMAH MUNAH BT MOHAMAD
MENINGGAL DUNIA PADA 04/01/2001
(110408-08-5018)
Saturday, 9 April 2011
JANTUNGKU DI SEBELAH KANAN 2 ?
Setelah tersebarnya berita mengenai kedudukan jantung saya yang terbalik.........setiap hari ada saja doktor-doktor pakar, pelatih dan petugas-petugas hospital yang ingin mengenali saya secara dekat....begitu juga dengan ahli-ahli keluarga pesakit-pesakit lain yang berada di Wad Ortho 1 pada masa tu....."mulut tempayan boleh le di tutup, inikan pula mulut manusia"....Saya sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t pada masa tu....sekurang-kurangnya mereka mengambil berat terhadap diri saya dan pada waktu yang sama saya juga dapat melupakan sejenak kesakitan di tangan kanan dan peha di kaki kanan saya.....juga sakit setelah di ambil kulit nya....jika dalam tempoh 2 minggu luka di tangan kanan saya tidak betul-betul sembuh....doktor kata pihak hospital akan mengambil kulit di peha sebelah kiri pula untuk di tampal pada luka di tangan kanan saya. Tangan kanan saya di potong hingga ke paras siku tetapi di bahagian atas sebelahnya luka yang agak besar juga sebab itulah pihak hospital cuba menampalnya dengan mengambil sebahagian kulit daripada kedua-dua peha saya.........mengikut kata doktor pihak hospital nak ambil kulit serta daging di bahagian punggung.....tetapi saya tidak mengizinkan.....
Setelah 2 minggu berlalu, luka di tangan kanan saya masih tidak menampakkan pembentukan seperti yang di harapkan iaitu pencantuman antara kulit peha dengan luka di tangan kanan saya.....akhirnya sekali lagi pada 08/07/1983 pihak hospital telah menetapkan tarikh pembedahan saya buat kali yang ketiga dengan mengambil kulit di peha kiri pula.....kali ini pembedahan yang saya lalui berlalu tanpa sebarang masalah dan tidak mengambil tempoh masa yang panjang.....petang tu saya bersyukur apabila membuka mata ramai ahli-ahli keluarga, kawan-kawan di tempat kerja dan insan-insan lain yang datang menziarah saya selepas pembedahan.
Melihat wajah-wajah sayu mereka yang ada.... terasa sungguh diri ini disayangi serta sikap mengambil berat mereka terhadap diri saya.....apa yang pasti mereka sentiasa terus memberi semangat..... walaupun saya tahu mereka juga menyembunyikan kesedihan apabila melihat keadaan diri saya. Saya juga cuba menyembunyi kesedihan yang ada di dalam diri ini kerana "....apa yang mereka tengok....adalah tidak sama dengan yang menengok...kerana yang menengok akan sentiasa merasai kesedihannya dari dulu.....kini......dan selama-lamanya....".

Wednesday, 6 April 2011
JANTUNGKU DI SEBELAH KANAN ?
Persoalan mengapa saya menjalani pembedahan yang lama semalam terjawab apabila beberapa orang doktor pakar berjumpa dengan saya untuk memberi penjelasan tentang pertanyaan saya semalam. Semasa pembedahan semalam saya hampir-hampir meninggal dunia apabila beberapa alat bantuan pernafasan dan alat-alat yang di pasang di badan saya menjadi seperti tidak normal dalam bacaan denyutan jantung saya. Semua kesilapan itu terjadi apabila doktor pakar mengesahkan bahawa kedudukan jantung saya terbalik. Individu yang normal, jantungnya di sebelah kiri sedangkan kedudukan jantung saya di sebelah kanan. Sebab itulah masalah komplikasi berlaku sewaktu pembedahan sedang dijalankan dan akibatnya denyutan jantung saya menjadi semakin lemah kerana saluran oksigen tidak betul-betul saya terima untuk bernafas...........
Bermula pada hari itu saya amat diberikan perhatian oleh pihak hospital. Setiap masa ada saja doktor pakar atau pelatih yang akan datang untuk membuat pemeriksaan mengenai kes yang jarang ditemui ini. Cerita mengenai kedudukan jantung saya menjadi topik hangat di Wad Ortho 1 pada masa tu sehinggakan ada pihak penyiaran yang datang untuk membuat temuramah tetapi saya menolak. Kalau tidak dah "glamour" saya pada hari itu, satu Malaysia tau kalau dah masuk TV........Bagaimanapun saya memohon pihak hospital agar maklumat peribadi saya dirahsiakan. Walaupun saya minta maklumat ini dirahsiakan tetapi di kalangan doktor-doktor pakar dan pelatih mereka amat memerlukan kerjasama saya agar dapat membantu mereka memberi maklumat dan menjawab beberapa soalan kaji selidik yang diberikan kepada saya. Menurut mereka, kes seumpama ini 1 dalam sejuta orang. Wallahualam.......Apapun yang ALLAH s.w.t jadikan terhadap diri saya.......saya terima dengan seadanya...............
Tetapi mengapa pula pembedahan pertama saya tidak menghadapi sebarang masalah?. Mungkinkah jantung saya menjadi terbalik semasa saya ditimpa kemalangan yang menyebabkan kehilangan tangan kanan saya?. Semua persoalan ini saya ajukan untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya daripada pihak hospital.......?????. Ikutilah kisah benar kehidupan saya ini pada cerita yang akan datang........anda akan temui jawapannya......????.

Saturday, 2 April 2011
AKU DI PPUM 4
Setelah diberitahu esok pagi saya akan menjalani pembedahan. Malam tu Nurse telah berpesan agar saya berpuasa kerana keesokkan hari nya saya akan menjalani pembedahan. Entah kenapa di keheningan subuh pagi itu hati saya terasa begitu sayu....selepas solat subuh saya terus berdoa semoga semasa pembedahan saya nanti tidak menghadapi sebarang masalah...kali ini debaran di hati saya amat berlainan sekali....
Pagi tu saya telah diberi taklimat bahawa doktor akan mengambil kulit peha kaki sebelah kanan untuk ditampal di luka tangan kanan saya. Sebelum pergi ke bilik bedah saya telah di beri kaunseling....tepat jam 9 pagi saya telah di usung ke dewan bilik bedah....sambil bersembang dengan saya mereka memasang alat bantuan pernafasan serta alat-alat lain yang saya pun tak tau....makin lama bersembang...makin saya dengar suara-suara mereka semakin jauh dan semakin jauh...dan saya semakin lena...dan terus lena.............
Tak pasti berapa jam saya menjalani pembedahan kerana buka mata saja malam tu saya dah berada di atas katil. Bila sedar saya tanya Nurse..."kenapa lama sangat saya di bilik bedah ?". Tapi Nurse tersebut hanya berkata, "Saya tak tau nanti tanyalah doktor". Hari tu saya tak dapat jumpa sesiapa dan saya pun tak tau siapa yang datang siang tadi untuk melawat saya.
Lebih kurang jam 10 malam...saya dengar ada suara memanggil saya berulang kali...rupa-rupanya Pengurus tempat kerja saya datang menghantar makanan kepada saya. Dulu Wad Ortho 1 PPUM di bangunan bawah....sekarang ini ia telah menjadi Wad Bersalin. Saya berada di bilik bawah sekali betul-betul berhampiran dengan tempat letak kereta...jadi mudahlah Pengurus tempat kerja saya datang walaupun hari dah lewat malam. Pengurus tempat kerja yang datang ni 2 beradik iaitu Sum Chin Lam dan Sum Chin Seng atau lebih mesra dipanggil "taiko" oleh saya. Mereka ni amat mengambil berat tentang diri saya...dengan makanan yang mereka bawa malam tu...dapat lah saya makan nasi. Siang tadi mereka datang tetapi tak dapat jumpa saya....jadi malam ni mereka terjah aje datang bawa makanan.
Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan...setelah kekenyangan malam tu saya tak dapat tidur...terkebil-kebil mata saya...lama-lama saya makan ubat tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit selepas pembedahan tadi. Saya masih tertanya-tanya mengapa pembedahan yang saya lalui siang tadi mengambil masa begitu lama...?. Semakin lama saya memikirkan semakin banyak andaian yang saya fikirkan....hingga saya tertidur dengan membawa bermacam-macam persoalan..........zzzzzzzzz...???

Friday, 1 April 2011
AKU DI PPUM 3
Sedar tak sedar dah 3 minggu saya berada Wad Ortho 1, di PPUM. Antara saya dan petugas-petugas di wad ini semakin mesra kami rasakan. Mereka sering nasihatkan saya jika nak cepat sembuh rajin-rajin le makan ubat. Walaupun setiap hari saya makan sup ikan haruan tetapi luka di tangan kanan saya masih belum sembuh sepenuhnya.
Minggu depan pada 28/06/1983 doktor kata saya akan menjalani satu pembedahan mengambil kulit di peha kanan untuk di tampal pada luka di tangan kanan saya. Saya mengikut saja apa kata doktor kerana setakat ini mereka amat mengambil berat tentang diri saya selain sesi kaunseling yang diberikan setiap hari. Saya juga telah di ajar menulis mengunakan tangan kiri...mula-mula tulis tu rasa macam tulisan tamil le pulak...Makan, minum atau apa saja sekarang saya terpaksa menggunakan tangan kiri.......kekok juga rasanya.
Semasa di sekolah menengah dulu pencapaian tertinggi tangan kanan saya ialah apabila menduduki tempat ketiga pertandingan tulisan jawi di peringkat sekolah-sekolah menengah. Masa tu siap tunjuk dengan Atuk kejayaan saya yang disiarkan dalam majalah sekolah. Hadiahnya dapat RM30.00 berserta dengan sijil. Memang diakui tulisan rumi dan jawi saya boleh dibanggakan semasa di sekolah menengah dulu....sekarang semuanya tinggal kenangan....saya akan belajar menggunakan tangan kiri saja.
Majikan saya ada memberi kertas A4 untuk saya guna semasa belajar menulis kerana bila dah keluar hospital nanti saya akan bekerja di pejabat. Majikan, rakan-rakan sekerja serta ahli-ahli keluarga banyak membantu saya untuk belajar....kadang-kadang tu ada juga yang tidak saya kenali datang melawat saya untuk memberikan kata-kata semangat kepada saya.
Menurut kawan saya....kejadian yang menimpa saya pada hari tu...keluar dalam suratkhabar...mungkin mereka baca dan datang melawat saya...terharu juga saya dengan kehadiran mereka yang tidak dikenali dan terima kasih daripada saya untuk mereka dan saya tidak akan lupa jasa mereka sepanjang mereka mengenali diri saya. Tapi yang pasti kehadiran saya di Wad Ortho 1 waktu itu amat memberi kesan di hati saya untuk mengenali mereka yang telah memberikan dorongan serta kata-kata semangat agar saya tidak berputus asa serta tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup ini.................
Saya tak tau di mana air mata saya mengalir keluar kerana saya bukanlah seorang yang mudah menangis...walaupun sebenarnya saya "hanya senyum dalam tangisan". Semuanya saya sembunyikan dalam ketawa, gurau senda saya terhadap mereka...hakikatnya hanya Allah s.w.t yang tahu bagaimana hati dan perasaan saya...semoga mereka semua yang mengenali saya waktu tu dilindungi dan dirahmati oleh Allah s.w.t sentiasa.....dan kepada yang telah tiada....Al-Fatihah seikhlas nya daripada saya......Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)