Sunday 6 January 2013

HARI BEKERJA 7

     
              Seperti biasa jika ada individu atau agensi kerajaan yang datang untuk melakukan pemeriksaan
di kilang ini saya adalah orang pertama yang akan mereka jumpa. Tapi kali ini tak pasti kenapa pihak Jabatan Kastam & Eksais datang...... Belum sempat saya keluar untuk berjumpa dengan mereka..... mereka dah pun sampai bersama-sama dengan Pengurus saya. Pengurus beritahu, mereka nak melihat isi kandungan 2 kontena 40 kaki yang syarikat terima semalam untuk tujuan pemeriksaan isi kandungannya. Mereka nak melihat dokumen penerimaan barangan tersebut adakah pihak syarikat membayar cukai atau tidak untuk kertas-kertas yang syarikat kami gunakan untuk percetakan. 
          Ada beberapa jenis kertas yang dikenakan cukai dan ada juga beberapa jenis kertas yang tidak dikenakan cukai. Kertas roll jenis 'newsprint' 30" - 48.8 gram yang syarikat kami terima ini di kategorikan sebagai kertas yang dikenakan cukai. Kertas jenis ini syarikat kami gunakan untuk mencetak katalog dan surat khabar. Adalah menjadi satu kesalahan jika barang yang diterima tidak dijelaskan cukai kastam terlebih dahulu. Biasanya urusan ini syarikat kami serahkan kepada syarikat 'fowarding & shipping' yang telah dilantik bagi setiap urusan penghantaran dan pembelian barangan daripada luar negara. 
          Selain daripada kertas-kertas yang saya nyatakan tadi syarikat kami juga mengimport kertas-kertas berbentuk 'roll' dan 'ream' seperti woodfree, art paper, art card yang terdapat dalam beberapa saiz dan berat yang berbeza. Kebanyakan kertas-kertas ini syarikat kami import dari negara Jepun, Indonesia, Thailand, Finland, Rusia dan beberapa lagi negara lain. Jika dalam negeri biasanya syarikat kami beli dari negeri sabah untuk kertas 'woodfree' dan negeri Pahang untuk kertas 'newsprint'.  
          Setelah melihat semua dokumen yang ada pihak kastam terus membuka 2 buah kontena yang ada untuk melihat adakah benar kertas yang syarikat kami beli mengikut senarai yang dinyatakan kepada pihak kastam. Jika kandungan dalam kontena tidak sama seperti yang dinyatakan dalam surat pembelian adalah satu kesalahan yang serius. Sehingga pemeriksaan ini dijalankan syarikat kami belum pernah lagi melakukan kesalahan dalam urusan pembayaran cukai. Semuanya syarikat kami lakukan mengikut peruntukan dan peraturan yang dinyatakan seperti dalam borang CJ3 dan CJ5.
          Setelah semua pemeriksaan dilakukan dan pihak kastam berpuas hati dengan cara urusan pembelian
barangan ini maka mereka pun membuat pengesahan diluluskan. Selain daripada pihak kastam ada beberapa lagi jabatan kerajaan yang sering melakukan pemeriksaan mengejut seperti ini.........
               ......teruskan bersama PE .................... hari bekerja 8......




1 comment:

  1. Salam Paksu. Walla! Setelah setahun lebih, muncul kembali entry paksu niii. Hahaha~ In shaa Allah, Ainaa akan jadi pembaca setia. Hikhik :D

    ReplyDelete