Saturday 18 May 2013

HARI BEKERJA 8

          Dalam episod yang lepas saya ada menceritakan mengenai pemeriksaan mengejut yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja mengenai pembayaran cukai duti eksais ........ Baru-baru ini tempat kerja saya dikejutkan lagi dengan kedatangan mengejut pihak Jabatan Kesihatan untuk melakukan pemeriksaan mengenai nyamuk aedes. Mereka memohon kebenaran untuk meninjau seluruh kawasan kilang yang mempunyai 3 blok bangunan. Kedatangan mereka seramai 3 orang disambut oleh Pengurus bahagian Operasi dan Pengeluaran dan saya sebagai pengiring untuk menunjukkan lokasi-lokasi yang ingin  ditinjau untuk pemeriksaan jika terdapat tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.
          Dalam tempoh 2 jam pemeriksaan yang mereka lakukan, semuanya nampak bersih kecuali satu tempat yang telah dijumpai memang ada nyamuk aedes yang banyak iaitu di dalam tangki air. Bulat mata Pengurus memandang saya ......... Mengapa tempat ini tidak dijaga?. Pengurus saya cepat-cepat memohon maaf kepada pekerja Jabatan Kesihatan kerana terlepas pandang di tempat-tempat seperti ini kerana tangki air ini terletak di atas bangunan. Bagaimana pun syarikat tempat saya bekerja ini akan tetap didenda mengikut jumlah bilangan nyamuk aedes yang ada di dalam tangki air tersebut....... Banyak tu kena bayar?. Seekor nyamuk aedes dinilaikan sebanyak RM 2,000 ( Dua Ribu Ringgit sahaja ) ...... Bayangkan jika terdapat 100 ekor nyamuk aedes kat dalam tangki air tu.
          Sewaktu pekerja Jabatan Kesihatan mengambil contoh nyamuk aedes itu saya dapati memang banyak nyamuk aedes kat dalam tangki air tu..... Tetapi dengan sikap bertolak ansur pekerja Jabatan Kesihatan ini memandangkan ini adalah kesalahan pertama yang dilakukan, hanya 10 ekor nyamuk aedes sahaja yang dikira sebagai denda..... Itu pun jumlah dendanya sebanyak RM 20,000 ( Dua Puluh Ribu sahaja ). Bagaimanapun setelah membuat rayuan kerana ini kesalahan pertama dan kerjasama yang baik oleh pihak syarikat sewaktu pemeriksaan dilakukan, jumlah denda dapat dikurangkan...... Syarikat hanya perlu membayar sebanyak RM 5,000 ( Lima Ribu sahaja ).
          Setelah semuanya selesai dan denda juga telah di bayar, saya menerima arahan agar semua tangki-tangki air dan tempat simpanan air yang ada dibersihkan agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Inilah padahnya kerana selama ini apa-apa cadangan atau aduan dari pihak pekerja tidak dipedulikan oleh majikan kerana sebelum ini syarikat tempat saya bekerja yang mempunyai 15 orang pekerja asing sering mengadu malam-malam tak boleh tidur kerana nyamuk banyak..........
          Ikutilah cerita seterusnya.......teruskan bersama PE........ Ragam pekerja asing

No comments:

Post a Comment